Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Drama Romantik Balas Dendam ‘Red Swan’ Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Tidak Lama Lagi


Bekas pemain golf profesional dan Duta Muhibbah semasa Oh Wansoo telah lama menyedari kecurangan suaminya, tetapi selepas mengelak daripada situasi berbahaya pada malam terbesar dalam hidupnya, Wansoo akhirnya akan mula mempertimbangkan semula perkahwinan mereka selepas jatuh cinta dengan lelaki yang menyelamatkan dia, dalam Red Swan, datang secara eksklusif di Disney+ Hotstar tidak lama lagi.

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, Oh Wansoo mengubah hidupnya dan menjadi pemain golf bertaraf dunia ā€“ menarik perhatian ramai, termasuk bakal suaminya dan pewaris Kumpulan Hwain, Kim Yongguk. Berjuang untuk melangsaikan hutang ibunya, Wansoo bersetuju untuk mengahwini Yongguk tetapi dengan cepat menjadi tidak berpuas hati selepas mengetahui kecurangan suaminya.

Selama lebih sepuluh tahun, Wansoo telah tinggal bersama suaminya, bertekad untuk membuatnya berjaya, tetapi keadaan mula berubah dengan cepat pada malam terbesar dalam hidupnya. Tidak lama selepas tiba di Manila untuk penampilan sulungnya sebagai Duta Muhibbah, Wansoo terperangkap di tengah-tengah hujan tembakan, melarikan diri akibat tindakan heroik pengawal peribadi syarikat, Seo Doyoon.

Tidak lama selepas itu, Wansoo mula mengembangkan perasaan terhadap Doyoon, mempertimbangkan semula seluruh hidupnya sehingga malam itu, tetapi dia tidak tahu motivasi sebenar Doyoon untuk bekerja untuk Kumpulan Hwain.

Dibintangi oleh Kim Haneul (A Gentlemanā€™s Dignity, On Air) sebagai bintang golf dan Duta Muhibah Oh Wansoo; Jeong Jihun (Ghost Doctor,Ā Ninja Assasin) sebagai Seo Doyoon, seorang pengawal peribadi dengan motif tersembunyi; Jeong Gyeoun (You Are Too Much, Sooni) sebagai pewaris Kumpulan Hwain dan penzina bersiri, Kim Yongguk; dan Seo Isug (Rookie Cops, Hypnosis) sebagai Park Miran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hwain; Red Swan ditulis oleh Choi Yoonjung (Only Love, Three Sisters) dan diarahkan oleh Park Hongkyun (A Korean Odyssey, Warm and Cozy).


Strim Red Swan akhir tahun ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun ā€œMACROSSā€ Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee