Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool 2 Kutip $301 Juta Dolar Seluruh Dunia


Walaupun berjaya mencipta rekod kutipan paling tinggi filem ‘r-rated’ pada tayangan pembukaan, Deadpool 2 gagal untuk mengatasi kutipan filem pertama apabila hanya mampu mengutip $125 juta dolar untuk pasaran domestik berbanding terdahulu yang berjaya mengutip $132 juta.

Bagaimanapun, untuk pasaran antarabangsa, filem kali ini berjaya mengatasi rekod filem sebelumnya apabila berjaya mengutip $176 juta dolar berbanding $132 juta dolar pada minggu pertama tayangan. Jumlah terkumpul filem ini telah mencecah $301 juta seluruh dunia, mengatasi kutipan Deadpool (2016) yang mengutip $264 juta pada minggu pertama.

Filem Deadpool 2 telah mendapat markah A dari penonton di Cinemascore, 83% markah dari laman pengkritik Rottentomatoes dan rating 8.3/10 dari pengguna laman kritik IMDb

Diarahkan oleh David Leitch, serta ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, Deadpool 2 menyaksikan muka-muka lama dalam filem pertama kembali membintangi sekuel kali ini, antaranya Ryan Reynolds sebagai Deadpool, Morena Baccarin, T.J. Miller, Leslie Uggams, Brianna Hildebrand, Stefan Kapičić, manakala Josh Brolin akan membawakan watak Cable bersama-sama beberapa muka baru iaitu Zazie Beetz, dan Jack Kesy.

Deadpool 2 kini sedang rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.



Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee