Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tayangan Pembukaan Deadpool 2 Atasi Rekod Filem “It”

Filem Deadpool 2 telah mengatasi rekod kutipan tayangan pembukaan filem ‘R-rated’ apabila berjaya mengutip $18.6 juta dolar, mengatasi rekod yang dipegang oleh filem It tahun lepas yang mengutip $13.5 juta.

Dijangkakan filem kedua Deadpool ini akan mengutip sekitar $130 juta sehingga $150 juta dolar pada minggu pertama tayangan domestik US. Filem sebelum ini berjaya mengutip $132.4 juta pada minggu pertama dan berjaya mengumpul sehingga $363 juta untuk pasaran domestik dan $783 juta dolar untuk pasaran global.

Diarahkan oleh David Leitch, serta ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, Deadpool 2 menyaksikan muka-muka lama dalam filem pertama kembali membintangi sekuel kali ini, antaranya Ryan Reynolds sebagai Deadpool, Morena Baccarin, T.J. Miller, Leslie Uggams, Brianna Hildebrand, Stefan Kapičić, manakala Josh Brolin akan membawakan watak Cable bersama-sama beberapa muka baru iaitu Zazie Beetz, dan Jack Kesy.

Deadpool 2 kini sedang rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Isqandar

Leave a Comment