Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Concept Art Skrull Untuk Filem Captain Marvel

Minggu lalu, Marvel studio telah mendedahkan beberapa details penting filem terbaru mereka akan datang, Captain Marvel yang dibintangi oleh Brie Larson. Antara details penting yang didedahkan adalah filem yang bakal berlatarbelakangkan zaman 90an, penglibatan karakter Nick Fury dalam filem tersebut dan villain Skrull yang menjadi penjahat dalam filem itu nanti.

Baru-baru seorang Concept artist yang bekerja untuk MCU telah berkongsi concept art karakter Skrull yang dicipta olehnya. Concept art Skrull beliau telah ditunjukkan di ComicCon yang lalu.

https://instagram.com/p/BW8JFrQHjR6/

Captain Marvel akan diarahkan oleh dua pengarah iaitu Anna Boden dan Ryan Fleck manakala filem ini ditulis oleh Meg LeFauve dan Nicole Perlman. Setakat ini, hanya Brie Larson yang disahkan akan membintangi filem Ini. Captain Marvel akan memulakan pengambaran pada tahun hadapan di Los Angeles, California.

Diadaptasikan dari siri Komik Marvel, Carol Danvers membuat kemunculan pertama komik Marvel Super-Heroes pada tahun 1968 siri ke #13. Carol merupakan ketua sekuriti US Airforce. Carol kemudiannya bertukar menjadi Miss Marvel disebabkan kesan dari letupan yang terhasil dari teknologi Kree (bangsa Alien). Pada tahun 2012, Carol Danvers telah dinaikkan “pangkat” menjadi Captain Marvel oleh pihak Marvel

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment