Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Flatliners Official Trailer

Michael Douglas telah menerbitkan sebuah filem thriller, Flatliners yang dihasilkan semula dari filem asal arahan  Joel Schumacher. Filem yang pernah ditayangkan pada tahun 1990 itu tidak akan berlaku perubahan besar dari segi plot dan akan menerima sentuhan moden.

Filem yang diarahkan oleh Arden Oplev dibintangi oleh Ellen Page (Inception), Diego Luna (Rogue One: A Star Wars Story), Nina Dobrev (The Perks of Being a Wallflower), James Norton (Happy Valley), dan Kiersey Clemons (Neighbors 2: Sorority Rising).


Flatliners mengisahkan 5 pelajar perubatan yang ingin melihat misteri dan merasai pengalaman semasa mati. Mereka telah melakukan satu eksperimen yang cukup merbahaya dengan menghentikan degupan jantung mereka selama beberapa minit untuk merasai pengalaman semasa menghampiri mati. Bagaimanapun eksperimen mereka mengundang masalah apabila mereka dihantui dengan dosa akibat kisah silam mereka serta juga terpaksa berhadapan dengan pengalaman paranormal yang begitu menakutkan.

Filem sains fiksyen psychological horror ini akan ditayangkan pada 29 September 2017 (di pasaran US)

Flatliners International Trailer

Flatliners Official Trailer

Related posts

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

“Kung Fu Panda: The Dragon Knight” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 14 Julai Ini

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Max Original Film FATHER OF THE BRIDE Premieres June 16 Exclusively On HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment