Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Anthony Ramos Sertai Barisan Pelakon Siri Marvel “Ironheart”


Anthony Ramos disahkan menyertai barisan pelakon siri Disney+ Ironheart yang akan datang, lapor Variety.

Peranan Ramos buat masa ini masih dirahsiakan dengan maklumat pelakon atau watak rasmi belum didedahkan pihak produksi. Pelakon itu akan menyertai Dominique Thorne, yang akan memainkan watak utama sebagai Riri Williams dalam siri Ironheart dan akan membuat debut MCU menerusi filem sekuel Black Panther: Wakanda Forever.

Siri Ironheart yang akan datang menyaksikan Dominique Thorne memainkan watak Riri Williams, seorang genius muda yang mencipta sut perisai yang mengagumkan yang serupa dengan Iron Man.

Dia adalah watak baharu dalam ‘canon’ Marvel dan diperkenalkan pada tahun 2016 oleh Brian Michael Bendis dan Mike Deodat. Dalam komik, dia merupakan seorang pelajar MIT berusia 15 tahun yang berjaya mendapat perhatian Tony Stark.

Dengan kematian Stark dalam Marvel Cinematic Universe, rancangan terbaru Marvel itu mungkin mengambil haluan yang berbeza. 



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee