Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Layari Dunia Mimpi Dalam Trailer “Slumberland”


Trailer rasmi pertama filem terbaru Netflix yang dinantikan, Slumberland, telah dilancarkan, memaparkan dunia fantasi yang akan diteroka Jason Momoa dan Marlow Barkley. 

Treler baharu itu muncul hanya beberapa minggu selepas klip baharu untuk filem itu telah ditayangkan di acara Tudum Netflix.

Filem ini, bagaimanapun, ditetapkan untuk tayangan di platform penstriman pada 18 November 2022. Anda boleh tonton trailer Slumberland dibawah:

Slumberland arahan Francis Lawrence (Constantine) ini berdasarkan komik karya Windson McCay bertajuk Little Nemo in Slumberland, yang ditulis oleh David Guion dan Micahel Handelman.

“Seorang gadis muda menemui peta rahsia ke dunia impian Slumberland, dan dengan bantuan seorang pelarian, dia mengharapkan dapat melihat semula bapanya yang telah meninggal dunia,” menurut sinopsis.


Filem ini dibintangi oleh Jason Momoa (Aquaman), Marlow Barkley (Single Parents), Weruche Opia (I May Destroy You), India de Beaufort (One Tree Hill), Kyle Chandler (King Kong), dan Chris O’Dowd (Gulliver’s Travels) .


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee