Penggambaran filem Bakara diteruskan di Turki, dengan pengarah Adrian Teh serta bintang utamanya, Hairul Azreen, telah kongsikan beberapa gambar belakang tabir di set penggambaran.
Dalam perkongsian terkini Adrian di akaun peribadi Instagram, pengarah itu menggoda peralatan yang digunakan sewaktu penggambaran dan menjanjikan pengalaman sinematik yang memukau kepada penonton.
Pelakon Hairul Azreen juga tidak ketinggalan dengan kongsi beberapa gambar terbaru Bakara yang menampilkan pelakon lagak ngeri serta gambaran lokasi untuk filem akan datang.
Butiran lanjut mengenai plot masih belum diketahui, tetapi dilaporkan ia berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ dimana menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.
Filem terbitan Act 2 Pictures dan Adaza88 Studio ini mendapat sokongan penuh Tentera Darat Malaysia (TDM) dan menelan kos sebanyak RM20 juta, sekaligus menjadi salah satu filem tempatan paling mahal yang pernah dihasilkan.
Setakat ini, tarikh tayangan Bakara masih belum diketahui.