Sony Pictures Malaysia telah mendedahkan trailer rasmi pertama filem terbaru arahan Adrian Teh, The Assistant. Filem aksi thriller ini dijadualkan tayangan di pawagam tempatan mulai 10 Mac 2022.
Filem ini mengisahkan Zafik (Iedil Dzuhrie Alaudin) yang dipenjara secara salah. Selepas kehilangan segala-galanya, dia bertemu dengan Feroz (Hairul Azreen) yang nampaknya sentiasa muncul tepat pada masanya. Apabila masa berlalu, adakah motif Feroz akan menjadi jelas?
The Assistant diarahkan oleh Adrian Teh (Paskal The Movie) dan dibintangi Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Henley Hii, Farali Khan dan ramai lagi. Filem ini diedarkan oleh Sony Pictures Malaysia dan dihasilkan oleh Act 2 Pictures.
Tonton trailer rasmi dibawah dan saksikan secara eksklusif di pawagam pada 10 Mac 2022.