Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bill Murray Sahkan Peranan ‘Villain’ Dalam “Ant-Man and The Wasp: Quantumania”

Selepas Bill Murray disahkan terlibat dalam Ant-Man and the Wasp: Quantumania pada Oktober tahun lalu, terdapat desas-desus mengenai peranan yang akan dibawa legenda Ghostbusters itu. Sejak itu, terdapat beberapa cadangan dan spekulasi mengenai watak lakonannya, tetapi pelakon itu kini telah mendedahkan butiran yang cukup menaik.

Dalam video temubual terbaru, yang anda boleh lihat disini (pada minit 4.00), Bill Murray ditanya tentang kuasa yang dia miliki dalam threekuel arahan Peyton Reed yang dinanti-nantikan itu. Murray menjawab: “Kuasa saya ialah saya seorang yang jahat [Ketawa].”

Antara khabar angin utama sekarang adalah Murray akan dilakonkan sebagai watak yang kurang dikenali peminat iaitu Krylar, dari komik The Incredible Hulk #156 .

Isu itu mengikuti Jade Giant dalam perjalanannya ke “Micro-Verse” dimana Krylar didedahkan sebagai seorang saintis yang setia pada penguasa planetnya. Krylar memiliki mesin yang boleh menjana penjelmaan fizikal ketakutan terbesar seseorang. Ketakutan terbesar Bruce Banner ialah Hulk yang di luar kawalan, jadi mesin ini telah mencipta anti-Hulk yang mesti ditentang olehnya. 

Dalam Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Evangeline Lilly sekali lagi membawa watak kegemaran peminat iaitu Scott Lang/Ant-Man and Hope van Dyne/Wasp. Kedua-dua watak itu kali terakhir dilihat peminat semasa peristiwa Avengers: Endgame. Filem akan datang turut menyaksikan kepulangan Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Hank Pym dan Janet Van Dyne. 

Setakat ini, penglibatan Michael Peña dalam filem akan datang masih belum diketahui. Watak lakonan Peña, iaitu Luis telah menjadi salah satu watak MCU yang sangat digemari peminat. Sementara itu, David Dastmalchian turut disahkan kembali sebagai Kurt. 

Filem ketiga Ant-Man bakal memperkenalkan pendatang baru MCU iaitu Kathryn Newton (The SocietyFreaky) yang akan memainkan peranan sebagai Cassie Lang, watak yang sebelum ini dilakonkan oleh Abby Ryder Fortson dalam filem pertama dan Emma Fuhrmann dalam filem Endgame. Watak penjahat utama, Kang the Conqueror akan dilakonkan bintang Lovecraft Country, Jonathan Majors.

Ant-Man and The Wasp: Quantumania sekali lagi diarahkan oleh Peyton Reed, berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Jeff Loveness (Rick and Morty). Filem terbaru MCU ini dijadualkan tayangan pada 17 Februari 2023.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee