Bagi peminat filem-filem dari Korea Selatan, jangan lupa saksikan filem romantik komedi terbaru berjudul Love, Again di pawagam tempatan mulai 21 November ini.
Diarahkan oleh Park Yong-Jib, Love, Again berkisarkan tentang Hyun-Woo yang sangat menikmati kehidupan solonya setelah bercerai dengan Sun-Young. Dia kemudiannya mendapat tahu bekas isterinya kini sudah mempunyai teman lelaki bernama Sang-Cheol. Walau bagaimanapun, Sang-Cheol tidak tahu bahawa Hyun-Woo dan teman wanitanya itu pernah berkahwin.
Filem ini dibintangi pelakon seperti Kwon Sang-Woo sebagai Jo Hyeon Woo, Lee Jung-Hyun sebagai Park Seon, Lee Jong-Hyuk sebagai Ahn Sang Cheol, Jung Sang Hoon sebagai Myeong Tae, Kim Hyun Sook sebagai Hong Ran dan Yeong, Sung Dong-Il sebagai Head of Department Lee.
Love, Again dibawakan khas oleh MM2 Entertainment. Anda boleh saksikan trailer filem dipemain video dibawah.