Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Patrick Wilson Sah Akan Kembali Dalam Sekuel Aquaman

Pelakon Patrick Wilson mengesahkan bahawa dia akan kembali memainkan peranannya sebagai Orm dalam filem sekuel Aquaman akan datang, lapor laman The Hollywood Reporter.

Selain itu juga, pelakon tersebut turut mendedahkan sedikit butiran lanjut tentang filem Aquaman 2, yang melibatkan karakter lakonannya.

“I’m slightly briefed [on Orm-related matters],”

“I just throw a little dart here and there. I’ll say, ‘So, what about this?’ and [James Wan will] say, ‘Well, this is what I’m thinking.’ “I can tell you that even his concepts for Aquaman 2 are pushing it even further,”

Nampaknya James Wan mempunyai idea untuk meneroka dengan lebih jauh mengenai karakter Orm dalam filem akan datang. Dalam filem yang lalu, abang tiri kepada Arthur Curry a.k.a Aquaman telah dibawa ke penjara selepas tewas dalam pertarungan merebut takhta.

Mungkin dalam filem akan datang, penonton dapat melihat sejauh mana hubungan diantara kedua-dua seteru itu.

Aquaman 2 akan ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick dan tarikh tayangannya telah ditetapkan pada 16 Disember 2022.

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment