Peminat akhirnya dapat mengentahui tarikh tayangan filem adiwira Black Adam lakonan Dwayne “The Rock” Johnson.
Menerusi laman sosial miliknya, The Rock telah kongsikan lakaran konsep karakter lakonannya yang dihasilkan artis Jim Lee dan Bosslogic. Di samping itu juga, pelakon bertubuh sasa itu turut kongsikan tarikh tayangan Black Adam iaitu pada 22 Disember 2021.
The Rock telah menulis panjang lebar mengenai minat terhadap karakter Superman, dan menyifatkan Black Adam adalah sisi gelap adiwira Man of Steel itu.
“BLACK ADAM is blessed by magic with the powers equal to SUPERMAN, but the difference is he doesn’t toe the mark or walk the line. He’s a rebellious, one of a kind superhero, who’ll always do what’s right for the people – but he does it his way. Truth and justice – the BLACK ADAM way.”
Filem akan datang akan menyaksikan perubahan karakter Black Adam dari antagonis ke anti-hero. Buat masa ini peminat kita tahu butiran lanjut mengenai plot filem tersebut, tetapi berdasarkan dari apa yang dikongsikan The Rock, peminat boleh menjangkakan Black Adam akan menjadi seperti Superman, cuma sifat dan moralnya mungkin berbeza.
Filem Black Adam diarahkan oleh Jaume Collet-Serra berdasarkan skrip yang ditulis oleh Adam Sztykiel. Penggambaran dijangka akan bermula pada Julai tahun hadapan.