Filem bertemakan ‘time-loop’ merupakan salah satu cabang dalam genre sains fiksyen. ‘Time-loop’ bermakna sesuatu peristiwa yang akan sentiasa berulang. Jadi, jika anda menonton filem bertemakan ‘time-loop’, anda akan sentiasa menyaksikan babak atau cerita yang sentiasa diulang-ulang sehingga kadang-kala akan membuatkan anda pening kepala.
Terdapat beberapa sub-genre yang sering dimasukkan dalam filem bertemakan ‘time-loop’, ada yang bertemakan komedi, aksi, romantik, thriller, seram dan sebagainya.
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda, 6 buah filem bertemakan ‘time-loop’ yang mampu membuatkan anda pecah otak memikirkan kesudahan cerita atau terlampau teruja dengan konsep penceritaannya.
6. Happy Death Day
Antara filem ‘time-loop’ yang popular, dan antara yang mudah untuk difahami, cuma terdapat banyak twist yang membuat korang rasa “ahh..siapa sebenarnya pembunuh Tree ni”. Happy Death Day merupakan sebuah filem “romantik-komedi-seram-remaja-ala-Groundhog-Day” yang sangat menarik dan mendebarkan. Ia mengisahkan tentang Tree yang ingin mencari pembunuh yang sebenar bagi menghentikan ‘time-loop’ yang berlaku semasa hari jadinya.
5. Source Code
Filem lakonan Jake Gyllenhaal berkisarkan tentang seorang anggota tentera bernama Captain Colter Stevens yang ditugaskan untuk mencari dalang yang mengebom kereta api. Pada awalnya filem ini seolah-olah seperti filem aksi thriller yang biasa, namun segalanya menjadi semakin rumit sehinggalah terjadi plot twist yang akan mengejutkan dan ‘ending’ yang akan membuatkan anda berfikir tentang nasib Stevens.
4. Predestination
Ada dua istilah popular untuk menggambarkan tentang filem ini, “go f*ck yourself” dan “antara ayam dan telur, yang mana satu wujud dulu?” Filem yang amat sukar untuk difahami dan boleh dikatakan mampu merogol minda separa sedar anda. Filem lakonan Ethan Hawke dan Sarah Snook ini berkisarkan tentang Agent Doe yang ditugaskan untuk mencari pengebom yang digelar “Fizzle Bomber”. Ketika menyamar sebagai pelayan bar, dia telah bertemu dengan seorang pelanggan yang juga merupakan penulis artikel akbar. Pelanggan tersebut telah menceritakan kisah lampaunya yang hampir menyamai kehidupan Agent Doe semasa kecil. Agent Doe kemudianya telah mempelawa pelanggan itu untuk pergi ke masa lampau yang akhirnya telah menyebabkan paradox yang mendedahkan rahsia sebenar kedua-dua individu tersebut.
3. Triangle
Filem lakonan ‘Emma Maembong’ dari Australia (Melissa George) ini berkisarkan tentang Jess yang terperangkap dalam ‘time-loop’ ketika berada di sebuah kapal misteri. Pada awalnya, dia menyangka bahawa terdapat invididu ‘psiko’ yang cuba membunuh dia dan rakan-rakannya semasa berada dalam kapal berhantu itu. Namun, plot twist berlaku apabila dia berjaya membongkar identiti individu tersebut. Triangle bukanlah sekadar filem time-loop yang biasa, tetapi ‘ending’nya memerlukan penonton untuk berfikir tentang anologi yang berkaitan dengan kematian dan hukuman kerana melanggar perjanjian.
2. Edge of Tomorrow
Amat sukar untuk menentang makhluk asing yang mampu mengulangi hari. Edge of Tomorrow lakonan Tom Cruise dan Emily Blunt mengisahkan tentang Major William Cage yang mendapat abiliti untuk mengulangi harinya. Dia menggunakan kelebihannya itu untuk membantu Sergeant Rita Vrataski mengesan lokasi induk makhluk asing, dan seterusnya memusnahkannya agar dapat menghentikan peperangan diantara umat manusia dan makhluk asing. Filem ini sarat dengan aksi yang cukup puas untuk ditonton, lebih-lebih melihat gandingan mantap Cruise dan Emily Blunt.
1. Timecrimes
Filem buatan negara Sepanyol yang boleh tahan peningnya, ia hanya menggunakan satu ‘timeline’ sahaja, tetapi disebabkan perbuatan yang menganggu ruang masa, maka terjadinya ‘time-loop’ dan semua peristiwa menjadi berkaitan antara satu sama lain. Timecrimes berkisarkan tentang Hector yang menjadi sebahagian daripada time loop tanpa kerelaannya, dan dia kemudiannya terpaksa menghentikan dirinya sendiri daripada terus wujud.
Lagi filem ‘time-loop’ yang wajib anda tonton!
1. Groundhog Day
Filem klasik ‘time-loop’ yang paling ikonik dan popular. Dibintangi Bill Murray yang memainkan watak sebagai seorang wartawan yang agak kurang ajar. Dia bagaimanapun menerima karma apabila terpaksa mengulangi hari sehinggalah dia berubah menjadi seorang yang baik. sangat ‘recommended’ untuk ditonton.
2. Run Lola Run
Filem buatan negara Jerman yang mengisahkan tentang Lola yang perlu mencari wang dalam tempoh 20 minit untuk menyelamatkan nyawa teman lelakinya. Filem yang sangat ‘style’ dari segi teknik sinematografi dan soundtrack.