Trivia

Apa Yang Menarik Bulan November Ini?

Simpan duit, banyak filem menarik ni!

Views

Seperti bulan-bulan yang lain, November turut menyajikan beberapa filem yang menarik untuk tonton sekeluarga. Antara filem-filem yang tidak patut anda lepaskan peluang untuk menontonnya Frozen 2, Doctor Sleep, Ford v Ferrari, Midway dan beberapa filem tempatan seperti Wira dan Ejen Ali the Movie. 

Bagi memudahkan anda, kami di Kakimuvee ingin kongsikan filem-filem menarik yang akan ditayangkan sepanjang bulan November ini.

1. Zharfa

N/A | Drama | 7 November 2019

Pelakon: Kaka Azraff, Donny Alamsyah, Shelomita, Betari Ayu

Filem kerjasama Malaysia Indonesia ini berkisarkan tentang Zharfa gadis yang berasal dari Malaysia yang sangat cantik tetap jauh berbeza dengan perwatakannya yang kuat memberontak dan hidupnya dilanda pelbagai masalah. Salah satu puncanya adalah kekecewaan yang dialami Zharfa selepas ditinggalkan oleh bapa kandungnya, Abdi, ketika usianya baru mencecah satu tahun. Perkahwinan ibunya dengan seorang lelaki yang penuh tipu daya menyebabkan dia benci akan bapa tirinya itu. Dia kemudiannya dimasukkan ke sebuah sekolah berasrama di kawasan pedalaman Jawa Barat, Indonesia, akibat sering bertengkar dengan bapa tirinya,

2. Violet Evergarden: Eternity And The Auto Memory Doll

PG13 | Anime | 7 November 2019

Pelakon: Yui Ishikawa, Minako Kotobuki, Aoi Yuki

Filem pertama Kyoto Animation Studio selepas tragedi serangan Arson. Sebuah kisah sampingan kepada siri “Violet Evergarden”, filem ini berkisarkan tentang seorang waris muda Isabella York yang merasakan dirinya terperangkap di dalam rumahnya. Di bawah sebuah `kontrak` dengan bapanya, dia perlu menyertai akademi perempuan yang hanya boleh dimasuki oleh gadis-gadis muda dari keluarga terhormat. Dia hilang segala harapan dan jangkaan untuk masa depannya, sehinggalah dia bertemu guru barunya, Violet Evergarden.

3. Khun Phaen Begins

PG13 | Aksi Komedi | 7 November 2019

Pelakon: Mario Maurer, Supakorn Kitsuwon, Jade-Angelica Fromento

Selepas mendapat tahu seorang penjahat cuba menguasai bandar itu, seorang pemuda berlatih sedaya upaya sehingga dia bersedia untuk berlawan. Sebelumnya dia sering membuang masa mencari keseronokan dan masalah, sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengembara dari Suphan ke Ayutthaya Kingdom dengan harapan menyertai tentera untuk berperang. Pada masa yang sama, dia juga cuba untuk memenangi hati gadis idamannya, yang kini sudah bertunang dengan seorang anggota tentera.

4. Doctor Sleep

18 | Seram | 7 November 2019

Pelakon: Ewan McGregor, Rebecca Ferguson, Kyliegh Curran, Carl Lumbly

Doctor Sleep merupakan filem adaptasi dari novel berjudul sama karya Stephen King yang juga merupakan sekuel novel The Shinning. Ia menyambung kisah Danny Torrance, selepas 40 tahun mengalami pengalaman menakutkan semasa menginap di Overlook Hotel sepertimana yang diceritakan dalam filem The Shinning.

Anda boleh membaca review Doctor Sleep disini: 

5. Midway

N/A | Perang / Sejarah | 7 November 2019

Pelakon: Ed Skrein, Patrick Wilson, Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Mandy Moore, Dennis Quaid, Darren Criss, Woody Harrelson

Midway berkisarkan tentang peperangan yang pernah terjadi semasa Perang Dunia Ke-2.  Pertempuran Midway merupakan antara peperangan paling dasyat diantara angkatan laut Jepun dan Amerika Syarikat, seperti yang diceritakan oleh para pemimpin dan pelayar yang bertempur di Teater Pasifik Perang Dunia Kedua.

6. Lampor Keranda Terbang

N/A | Seram | 14 November 2019

BACA:  Kenapa Thor Pergi Ke Wakanda, Bukannya Titan Untuk Menentang Thanos

Pelakon: Adinia Wirasti, Dion Wiyoko, Nova Eliza

Ediwn dan Netta serta dua anak mereka, Adam dan Sekar telah pergi ke kampung halaman Netta yang terletak di Temanggung. Bagaimanapun Netta telah dituduh penyebab keganasan Lampor di kampungnya, iaitu syaitan yang membawa keranda terbang.

7. KL Vampires

PG13 | Aksi / Seram | 14 November 2019

Pelakon: Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Doni Alamsyah, Pablo Amirul

Dua kumpulan pontianak, yang mana kedua-duanya berketurunan Raja Bersiong, tidak lagi menghisap darah manusia. Sebaliknya, mereka menggantikannya dengan darah sintetik. Ketika ini, kumpulan pontianak yang paling kuat diketuai oleh Ratu Pontianak bernama Ratu Citra Sari, dibantu oleh ketua komander Shah. Sebuah lagi kumpulan diketuai oleh Argus, anak kepada Panglima Adi Wijaya yang mengkhianati Raja Bersiong, bapa kepada Ratu Citra Sari. Argus cuba membangkitkan semula tentera bapanya, yang dibunuh bersama Panglima itu kira-kira 200 tahun lalu oleh Raja Bersiong menggunakan sihir yang menimbus mereka ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, pembangkitan semula itu hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa.

8. Charlie’s Angels

PG13 | Aksi / Pengintipan | 14 November 2019

Pelakon: Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska, Elizabeth Banks, Sam Claflin, Djimon Hounsou

Filem terbaru Charlie’s Angels ini dibintangi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska yang akan membawakan watak utama sebagai Sabina Wilson, Elena Houghlin dan Jane Kano. Ketiga-tiga mereka bekerja dengan Charles Townsend, pemilik agensi keselamatan dan penyiasatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Sebagai trio gadis yang bijak, berani dan terlatih, mereka diletakkan dalam pasukan Angels, dibawah arahan Bosleys untuk melakukan tugasan diserata dunia.

9. The Good Liar

N/A | Drama | 14 November 2019

Pelakon: Ian McKellen, Helen Mirren, Russell Tovey

Roy Courtnay merupakan seorang lelaki yang menjadikan penipuan sebagai kerjayanya. Dia bertemu dengan seorang janda, Betty McLeish, dalam talian dan mahu menjadikan wanita itu mangsa penipuannya. Namun, setelah bertemu Betty, dia mendapati dirinya mula menyayangi wanita itu.

10. Primal

N/A | Aksi / Ngeri | 14 November 2019

Pelakon: Nicolas Cage, Nicolas Cage, Famke Janssen

Primal berkisarkan tentang Frank Walsh (Nicolas Cage), merupakan seorang pemburu dan pengumpul haiwan² eksotik untuk zoo. Satu hari, dia akhirnya dapat memiliki haiwan yang diidamkannya iaitu seekor jaguar putih yang jarang ditemui. Malang bagi Frank, kapal yang dinaikinya dan membawa jaguar tersebut turut dinaiki pembunuh upahan ahli politik, Richard Loffler (Kevin Durand), dimana Richard telah melepaskan jaguar tersebut di dalam kapal dan mencetuskan huru-hara.

11. Ford v Ferrari

N/A | Biografi / Drama | 14 November 2019

BACA:  15 Filem Adaptasi Karya Stephen King Yang Menarik Untuk Ditonton

Pelakon: Matt Damon, Christian Bale, Jon Bernthal, Caitriona Balfe, Tracy Letts, Josh Lucas

Filem ini Mengisahkan tentang dua individu, Carroll Shelby (Damon) pereka kereta terkenal Amerika Syarikat dan perlumba British Ken Miles (Bale), yang bersama-sama menentang campurtangan pihak syarikat, hukum fizik serta sifat pentingkan diri sendiri dalam membina sebuah kereta lumba untuk syarikat pembuat kereta Ford Motor Company, dan masa yang sama memusnahkan dominasi Enzo Ferrari dalam perumbaan selama 24 Jam, Le Mans di Perancis pada tahun 1966.

12. Wira

N/A | Aksi | 21 November 2019

Pelakon: Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, Yayan Ruhian

Hassan telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja. Dia kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai berkhidmat untuk negara. Demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja, dia dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.

13. Frozen 2

N/A | Animasi | 21 November 2019

Pelakon: Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad

Kenapa Elsa dilahirkan dengan kekuatan ajaib? Jawapannya telah memanggil dan mengancam kerajaannya. Bersama-sama dengan Anna, Kristoff, Olaf dan Sven, dia akan meneruskan perjalanan yang berbahaya tetapi luar biasa. Dalam filem pertama, Elsa takut kekuasaannya terlalu berat, manakala dalam filem kali ini ,dia mesti berharap ianya cukup.

14. M.O.X: Misi Operasi X

N/A | Aksi / Sains Fiksyen | 21 November 2019

Pelakon: Ebi Kornelis, Tya Arifin, Shareeta Selvaraj, Wan Adi Rafuan Datuk Rashid

M.O.X adalah sebuah badan perisikan yang diketuai oleh `M` manakala KFR13 pula adalah sebuah organisasi diketuai oleh Komander Moshie. KFR13 menjalankan aktiviti haram dan berkait dengan pertubuhan pengganas antarabangsa berpangkalan di Alaska, yang sering melakukan ancaman kepada kestabilan dunia menggunakan peralatan senjata pemusnah yang canggih. Ancaman KFR13 turut menyebabkan ejen-ejen rahsia M.O.X telah terkorban atau hilang tanpa dikesan. Semasa melaksanakan misi rahsia di Filipina, Don Pedro menyelamatkan seorang pelajar Malaysia bernama Martias yang berjaya menggodam rancangan dan formula senjata KFR13. Semenjak itu, KFR13 mengekori Don Pedro ke mana sahaja dia pergi, termasuk Thailand, Malaysia, India dan Alaska, untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti.

15. Knives Out

N/A | Drama / Misteri | 28 November 2019

Pelakon: Daniel Craig, Chris Evans, Lakeith Stanfield, Michael Shannon, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, Don Johnson

Knives Out mengisahkan tentang perjumpaan sebuah keluarga yang aneh menjadi huru-hara apabila ketua keluarga itu mati. Perkara itu menyebabkan detektif dihantar untuk melakukan penyiasatan tentang kes kematian tersebut.

16. Tokyo Ghoul S

N/A | Seram | 28 November 2019

BACA:  Filem Tempatan Berkualiti Disingkirkan Lebih Awal Oleh Pengusaha Panggung, Dimanakah Silapnya?

Pelakon: Masataka Kubota, Maika Yamamoto, Shota Matsuda, Nobuyuki Suzuki, Kai Ogasawara

Sambungan kepada filem Tokyo Ghoul yang diterbitkan pada 2017. Selepas menjadi salah seorang ahli Anteiku, Ken Kaneki semakin dekat dengan kejahatan di sekelilingnya. Bertekad untuk melindungi rumah barunya terhadap pasukan ‘anti-ghoul, dia melatih kekuasaannya secara rahsia. Tetapi apabila gourmet yang terkenal, Shu Tsukiyama, ingin memakan separa- ghoul, Kaneki perlu mengguna segala apa yang dipelajarinya itu untuk menghalang Tsukiyama

17. Last Christmas

N/A | Romantik | 28 November 2019

Pelakon: Emilia Clarke, Henry Golding, Emma Thompson, Michelle Yeoh

Filem ini berkisarkan tentang Kate yang bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan

18. Ejen Ali the Movie

N/A | Animasi | 28 November 2019

Pelakon: Ida Rahayu, Azman Zulkiply, Noorhayati Maslini, Shafiq Isa, Fadhli Shafian

Ejen Ali yang berusia 12 tahun tampil dengan peranannya sebagai seorang perisik selepas diambil bekerja oleh agensi rahsia MATA secara tidak sengaja. MATA telah membaikpulih alat ciptaannya Atlas untuk menaik taraf IRIS menjadi IRIS NEO di luar pengetahuannya. Apabila alat ciptaan baru itu mula diuji sebagai peranti asas bagi semua ejen MATA, Ali mula mempersoalkan kedudukannya dalam agensi tersebut. Walau bagaimanapun, dia mempertaruhkan kesetiaannya kepada MATA apabila terlibat dengan misi untuk merungkai beberapa rantaian misteri, selepas dia didatangi oleh seorang lelaki yang mendakwa mengetahui tentang masa silamnya.

19. The King’s Avatar: For The Glory

N/A | Animasi | 28 November 2019

Pelakon: Zhang Jie, Bian Jiang, Xi Zi, Xia Lei

The King’s Avatar adalah filem animasi yang diadaptasikan dari web novel popular berjudul sama. Diadaptasi dari novel, manga dan anime TV telah menarik banyak peminat di seluruh dunia. Dalam permainan atas talian Glory, Ye Xiu dianggap sebagai pemain pro-peringkat teratas. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pelbagai alasan, dia ditendang dari pasukan. Apabila Glory melancarkan pelayan kesepuluhnya, Ye sekali lagi melemparkan dirinya ke dalam permainan. Membawa sekali memori lampaunya, dengan senjata buatan sendiri yang tidak lengkap, dia kembali untuk mencapai ke puncak!.

20. Kembalinya Anak Iblis

N/A | Seram | 28 November 2019

Pelakon: Ahmad Al Ghazali, Mikha Tambayong, Valerie Thomas

Resort Pulau Ayunan menyimpan satu sejarah silam mengerikan di mana berlakunya pembunuhan kejam pekerja-pekerja resort dan sebuah keluarga. Rama, Garin, Quincy dan Celsi terselamat dari serangan roh yang menghantui resort itu, namun jasad Hana dan Fira masih belum ditemui. Rama, yang mana kekasihnya telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa, bercadang untuk kembali ke pulau itu untuk mencari jasad-jasad tersebut. Namun begitu, dia terpaksa berdepan beberapa halangan sepanjang perjalanannya.

shares