Filem terbaru Walt Disney, Aladdin berjaya mencatatkan kutipan memberangsangkan pada minggu pertama apabila berjaya meraih $207 juta dollar seluruh dunia. Kutipan tersebut termasuklah kutipan domestik sebanyak $86 juta dolar sekali gus menolak filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum ke tangga ke-2 carta box office Amerika Syarikat (AS).
Filem ketiga John Wick bagaimanapun berjaya menambah $24.35 juta dolar untuk pasaran domestik dan $24.8 juta dolar untuk pasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $181.5 juta dolar seluruh dunia.
Sementara itu, Avengers: Endgame terus mengejar kutipan filem Avatar apabila menambah $32.1 juta dolar seluruh dunia dengan menjadikan kutipan terkini mencecah $2.677 billion dolar. Avengers: Endgame kini memerlukan sekurang-kurangnya $111 juta dolar untuk merampas kedudukan pertama kutipan paling tinggi sepanjang zaman.