Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Kingsman 3 Bakal Memulakan Penggambaran Hujung Tahun Ini


Pengarah Matthew Vaughn dilaporkan tidak sabar untuk meneruskan cerita mengenai Gary “Eggsy” Unwin dan Harry Hart, serta berharap dapat memulakan produksi  Kingsman 3 sekurang-kurangnya pada hujung tahun ini.

Menurut laporan dari Digital Spy, karakter utama francais Kingsman itu akan kembali dan kisah mereka akan ditamatkan dalam sekuel Kingsman: The Golden Circle itu nanti.

“The final chapter of their relationship needs to be told, which we’ve got ready to do, and I’m hoping to shoot that later this year or the beginning of next year,”

Buat masa ini, Vaughn sedang memberi fokus kepada prekuel yang berjudul Kingsman: The Great Game. ‘Installment’ ketiga francais Kingsman itu ditetapkan sebelum zaman Eggsy dan Harry. Jadi pelakon Taron Egerton dan Colin Firth tidak akan berlakon dalam filem prekuel akan datang.

Kingsman: The Great Game akan dibintangi pelakon Harris Dickinson, Liam Neeson, Ralph Fiennes, Aaron Taylor-Johnson, Daniel Daniel Brühl dan Gemma Arterton. Prekuel berkenaan akan berlatarbelakangkan awal 1900an serta menceritakan sejarah awal agensi perisikkan rahsia itu.


Kingsman: The Great Game akan ditayangkan pada 14 Februari 2020 manakala Kingsman 3 masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee