Peminat-peminat filem seram A Quite Place tidak perlu untuk menunggu lama menantikan sekuel filem tersebut. Menurut laporan laman Bloody Disgusting, sekuel A Quite Place akan ditayangkan pada 20 Mac 2020 dengan John Krasinski kembali sebagai pengarah dan penulis untuk sekuel kali ini.
Filem ini akan menyambung kisah keluarga Abbott selepas mereka terselamat dari serangan makhluk asing yang kejam. Emily Blunt akan kembali membawakan wataknnya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe. Pelakon filem Peaky Blinders juga turut menyertai barisan pelakon.
Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.
A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar.
Sebelum ini, sekuel filem ditetapkan pada 15 Mei 2020, tetapi pihak produksi menganjak tarikh 2 bulan lebih awal iaitu 20 Mac 2020.