Walt Disney Pictures telah mengumumkan bahawa filem kedua Maleficent telah memulakan penggambarannya bertempat di Pinewood Studios dan juga beberapa lokasi di UK.
Filem yang hit pada tahun 2014 ini turut menyaksikan dua bintang utama Angelina Jolie dan Elle Fanning kembali membawakan watak mereka dalam filem terdahulu iaitu ‘dark fairy Maleficent’ dan Princess Aurora.
Selain itu juga beberapa pelakon baru telah disahkan membintangi filem ini antaranya Michelle Pfeiffer yang akan membawakan watak Ratu Ingrith, Chiwetel Ejiofor, Ed Skrein, Robert Lindsay dan Harris Dickinson sebagai putera Phillip.
Manakala watak 2014 yang disahkan kembali dalam filem kali ini adalah Sam Riley sebagai Diaval, Imelda Staunton sebagai pixie Knotgrass, Juno Temple sebagai pixie Thistlewit dan Lesley Manville sebagai pixie Flittle.
Maleficent 2 diarahkan oleh Joachim Rønning dan ditulis oleh Linda Woolverton, Micah Fitzerman-Blue dan Noah Harpster, manakala Joe Roth dan Angelina Jolie bertindak selaku penerbit.
Filem pertama Maleficent telah ditayangkan pada 30 May 2014 dan telah berjaya mengutip lebih $750 juta dollar seluruh dunia. Buat masa ini tiada tarikh rasmi tayangan filem filem akan datang.