Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Gunakan Karya Teater Miliknya Tanpa Kebenaran, Namron Akui Kecewa

Pengarah dan pelakon Namron mengakui kesal apabula naskhah teater miliknya dan Faisal Tehrani digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat produksi filem. Beliau meluahkan perasaannya itu dilaman Twitter miliknya baru-baru ini.

“Baru-baru ini saya lepak dengan rakan pelakon. Dia beritahu yang dia terlibat dengan sebuah produksi filem. Naskhah yang digunakan adalah naskhah teater yang dihasilkan oleh saya dan @drfaisaltehrani pada tahun 2000.

“Dan, saya tak pernah dimaklumkan oleh produksi tentang hal ini,” 

Pelakon Redha ini berasa sangat terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab penerbit dan pengarah produksi filem itu yang juga merupakan rakan dalam industri. Tambah pelakon berusia 49 tahun itu lagi, apa yang menyedihkannya adalah naskhah yang digunakan itu kerap dipentaskan di Universiti dan festival teater serta pernah diterbitkan di majalah Dewan Sastera.

Namron turut mendedahkan penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan kerana mengalami masalah kewangan dan hanya sudah siap 70 peratus.

Sementara itu, laman Facebook Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) menuntut pihak produksi berkenaan terutamannya penerbitnya, Datuk Farid Kamil tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kerana menggunakan naskhah milik Namron dan Faisal Tehrani untuk hasilkan filem berjudul Misi tanpa kebenaran mereka berdua.

Dalam perkembangan lain, Namron bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul “One Two Jaga” iaitu sebuah naskhah yang berkisarkan tentang korupsi yang berlaku dalam kalangan anggota polis.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

Leave a Comment