Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Melayu Yang Mendapat Undian Rating Paling Banyak Di laman IMDb


Laman web IMDb merupakan sebuah platform atas talian yang menyimpan segala maklumat yang berkaitan dengan dunia filem, program televisyen, dan permainan video. Selain menyimpan segala maklumat berkenaan dunia hiburan, ianya juga seringkali digunakan sebagai tempat untuk membaca ulasan sesebuah filem atau program televisyen.

Kesemua pengguna internet boleh mengakses laman web ini untuk mencari sebarang maklumat berkenaan sesebuah filem dan program televisyen secara percuma. Tetapi jika ingin menyumbang maklumat ataupun menulis review dan memberi rating terhadap sesebuah filem ataupun program televisyen, mereka perlu mendaftar sebagai pengguna.

Filem tempatan juga tidak ketinggalan menggunakan platform ini sebagai tempat informasi. Selain dapat menyampaikan maklumat mengenai filem mereka, ianya juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menerima maklumbalas dari penonton samada menerusi review ataupun undian rating.

Jadi disini, kami ingin senaraikan 10 filem Melayu yang mendapat jumlah undian rating paling banyak dari pengguna laman web IMDb. Jumlah undian ini akan mempengaruhi rating sesebuah filem itu.

10. Abang Long Fadil 2 (2017)

Rating: 7.4/10
281 Pengguna


Merupakan filem spin-off KL Gangster yang juga merupakan sekuel Abang Long Fadil. Diarahkan oleh Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2 kini menguasai carta kutipan filem tempatan paling laris setakat ini dengan jumlah kutipan sebanyak RM 18.15 juta.

9. KL Special Force (2018)

Rating: 7.3/10
329 Pengguna

Syafiq Yusof sememang seorang pengarah muda yang sangat berbakat. Selepas mencipta rekod meraih kutipan tertinggi menerusi filem Abang Long Fadil 2, filem aksi kepolisan KL Special Force ini pula berjaya meraih kutipan RM 12.1 juta

8. Tombiruo (2017)

Rating: 7.3/10
358 Pengguna

Filem adaptasi novel Tombiruo ini telah mendapat rating 7.3/10 dari pengguna laman IMDb. Tombiruo mendapat sentuhan Seth Larney yang merupakan pakar kesan khas dari Hollywood. Tombiruo berjaya meraih RM8 juta sepanjang tayangan dan berkemungkinan sekuel filem ini akan dihasilkan

7. Bunohan (2011)

Rating: 5.8/10
395 Pengguna

Walaupun kutipan filem ini tidak melepasi angka 1 juta, filem arahan Dain Iskandar Said ini berjaya meraih banyak anugerah dan juga ditayangkan dibeberapa festival filem luar negara.

6. Munafik (2016)

Rating: 7.2/10
410 Pengguna

Filem seram Munafik arahan Syamsul Yusof ini bukan sahaja mendapat sambutan mengalakkan dari penonton filem tanah air, malah ia juga berjaya menarik penonton-penonton di Singapura dan Indonesia. Selain itu juga, filem ini turut banyak menerima anugerah terutamanya di Festival Filem Malaysia ke-28 apabila berjaya merangkul 5 anugerah dari sembilan pencalonan.

5. Polis Evo (2015)

Shaheizy Sam Zizan Razak Polis Evo 2

Rating: 7.3/10
403 Pengguna

Filem ‘buddy polis’ lakonan  Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini menampilkan aksi-aksi yang cukup menarik serta lakonan para pelakonnya yang begitu mantap. Polis Evo setakat ini berada dikedudukan kedua filem tempatan paling laris setakat ini dengan kutipan sebanyak RM 17.8 juta

Sepet (2004)

Rating: 7.3/10
508 Pengguna

Filem Sepet arahan Yasmin Ahmad ini mengisahkan tentang percintaan antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Sepet pernah dilanda kontroversi apabila dilarang ditayangkan dipawagam atas sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun, pihak kerajaan menyokongnya dan akhirnya Sepet berjaya ditayangkan dengan potongan beberapa babak

3. Ola Bola (2016)

Rating: 7.8/10
565 Pengguna

Ola Bola bukan sahaja menceritakan tentang kepayahan skuad bola sepak negara diera 80-an, malah ia juga unik kerana menggabungkan 3 bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil dalam satu filem. Keunikkan ini berjaya membuatkan Ola Bola meraih 16.67 juta ringgit sepanjang tayangannya.

2. Badang (2018)

Rating: 1.1/10
637 pengguna

Jumlah undian yang banyak diterima filem Badang ini bukanlah disebabkan pengguna meminati filem ini, tetapi sebagai tanda marah dengan kualiti filem yang dihasilkan oleh pembikin filem bertaraf profesor. Pemilihan pelakon utamanya yang tidak sesuai menjadi sebab utama filem Badang jatuh terjerumus ke lembah hina dalam industri filem tempatan.

1. BoBoiBoy: The Movie (2016)

Rating: 8.1/10
2304 Pengguna

Filem tempatan paling berjaya setakat ini. Boboiboy: The Movie bukan sahaja pecah panggung di Malaysia malah turut berjaya di negara serantau seperti Brunei dan Indonesia malah turut ditayangkan di Korea Selatan. Jumlah terkumpul filem animasi ini mencecah RM 19 juta, malah pernah disenaraikan dalam Malaysian Book of Records kerana berjaya meraih RM500k pada hari pertama tayangan sebelum rekod itu dipadam filem Hantu Kak Limah yang mengutip RM1.8 juta pada hari pertama.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee