Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zombieland 2 Bakal Dihasilkan, Pelakon Asal Dijangka Akan Kembali


Penulis skrip filem seram komedi Zombieland, Rhett Reese dan Paul Wernick berharap sekuel Zombieland 2 dapat ditayangkan menjelang Oktober tahun hadapan iaitu pada tarikh ulangtahun kesepuluh tayangan filem pertama. Bercakap kepada laman hiburan Vulture, kedua-dua penulis juga mengesahkan pelakon asal filem berkenaan mungkin akan kembali membintangi filem kali ini.

“We’re going on the tenth anniversary of Zombieland. Zombieland came out October of 2009. We don’t know what you get someone for their tenth anniversary, but it may be a Zombieland 2… The hope is that we’re shooting that thing early 2019 for an October ’19 release. With the original cast, by the way.”

“We are sitting on information that we can’t entirely share at this moment, but we can just say we think fans of Zombieland who have been hoping for a Zombieland 2, that we will grant their wish very, very soon,” – Vulture

Filem pertama Zombieland diterbitkan pada 19 Oktober 2009 dengan dibintangi beberapa pelakon terkenal seperti Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Emma Stone and Abigail Breslin. Filem berkenaan mengisahkan 4 individu yang berjumpa secara tidak sengaja dan perlu hidup dizaman dunia yang penuh dengan Zombie. Bermodalkan hanya $23.6 juta, filem Zombieland berjaya mengutip $102.4 juta seluruh dunia.

Penggambaran filem kedua Zombieland dijangka akan dimulakan pada awal 2019.


Sumber: Vulture.com


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee