Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Setelah Lama Menyepi, Sharifah Amani Akan Muncul Dengan 5 Filem Terbaru

Setelah muncul dalam filem Pekak yang ditayangkan pada tahun 2015, penampilan Sharifah Amani dalam dunia lakonan dilihat semakin berkurangan. Bagaimanapun, tahun ini aktres berkenaan akan kembali mengaktifkan diri dalam industri filem apabila bakal muncul dalam lima buah filem sepanjang tahun ini.

Berkata pada BH Online, aktres hairan kenapa dirinya tidak diberi publisiti dan berharap dengan penampilannya dalam filem-filem akan datang akan kembali membuka mata pengiat seni terhadap bakat yang dimilikinya.

Tidak tahu kenapa sebelum ini saya jarang diberikan publisiti. Saya tidak rasa diri digam daripada keluar di mana-mana. Tetapi, tahun ini saya akan muncul kembali dengan lima filem baharu daripada pengarah yang berbeza.

“Saya berada dalam industri bukan untuk mencari kekayaan, sebaliknya hanya mahu berkarya. Saya berharap dengan naskhah baharu ini, penggiat industri dan peminat akan kembali ingat bakat yang saya ada,” 

Antara filem-filem terbaru pelakon berusia 31 tahun ini adalah Motif, Zombitopia, Mencari Rahmat, Sekolahaha dan Gol & Gincu 2.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19) ini gembira dengan perkembangan penggiat seni daripada kalangan orang muda yang kini dilihat semakin berani menonjolkan idea-idea baru yang segar.

Oleh itu dia berharap agar penggiat seni muda ini akan diberikan banyak peluang untuk berkarya secara terbuka.

Related posts

Mawi Kembali Dengan Filem Terbaru Berjudul “Hantu Kuat Ketawa”

Kakimuvee

Projek Sekuel “Ejen Ali The Movie” Telah Bermula!

Kakimuvee

Viu Dedah Poster Pertama “Keluarga Baha Don” Musim Kedua

Kakimuvee

Sharnaaz Ahmad Kembali Ke VIU Dalam Siri Komedi Terbaru “Isteri Misteri”

Kakimuvee

Rating “Miimaland” Di IMDb Hampir Menyamai “Avengers: Endgame”

Kakimuvee

Filem “Prebet Sapu” Telah Terpilih Ke JOGJA-NETPAC ASIAN FILM FESTIVAL-15 (JAFF)

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating