Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

The Martian Review


the martian

Pengarah: Sains Fiksyen

Pelakon: Matt Damon, Jessica Chastain, Kristen Wiig, Jeff Daniels, Kate Mara.

Penulis Skrip: Drew Goddard

Syarikat Produksi: Scott Free Productions, Genre Films, TSG Entertainment

Pengedar: 20th Century Fox


Tayangan : 30 September 2015

filem terbaru Ridley Scott The Martian muncul di pawagam selang beberapa hari selepas Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengumumkan yang mereka telah berjaya menemui kesan aliran air di permukaan Planet Marikh adalah satu kebetulan yang sangat menarik.

Ia memberi publisiti percuma secara global kepada filem sains fiksyen ini dan mendorong orang ramai untuk mengenali Marikh dengan lebih dekat lagi.

Jadi filem ini masuk panggung tepat pada waktunya.

Apatah lagi, judul filem ini, naratifnya, dialog, lakonan dan juga kesan khas yang cemerlang dan kelihatan hidup serta benar akan membuatkan kita semua berkhayal yang pengembaraan antara planet dalam Sistem Solar kita adalah sesuatu yang boleh terjadi dan akan terjadi pada masa depan.

Pembawa watak utamanya, Matt Damon adalah Mark Watney, salah seorang angkasawan Nasa yang pertama terpilih untuk misi pertama ke Planet Marikh yang untuk sekian lamanya menjadi mitos kepada manusia yang ia adalah kediaman makhluk asing.

Setelah mereka berjaya selamat tiba di planet berwarna merah itu, Mark telah tertinggal di belakang dalam ribut pasir yang dahsyat dan dipercayaai mati.

THE MARTIAN

Atas arahan komander misi berkenaan, (lakonan Jessica Chastain), mereka terpaksa meninggalkan Mark untuk mengelak daripada menjadi mangsa ribut dan menjejaskan keseluruhan misi.

Tetapi tanpa pengetahuan mereka, Mark sebenarnya tidak mati. Dia masih bernyawa dan mampu bertahan untuk selama beberapa minggu sahaja dengan bekalan makanan yang ditinggalkan di kem misi berkenaan.

Misi seterusnya ke Marikh hanya akan berlaku empat tahun dari sekarang dan Mark harus mencari jalan sendiri bagaimanakah untuk terus kekal hidup dan kemudian berikhtiar kembali ke planet asalnya – Bumi.

Dia bernasib baik kerana latarbelakang kerjaya asalnya sebagai seorang botanis telah membolehkannya bercucuk tanam di planet yang selama ini dipercayai kering kontang itu.

Mark menggunakan pengetahuannya untuk menanam ubi kentang menggunakan tanah kompos melalui kaedah hortikultur.

Sementara itu di Bumi, Pusat Menara Kawalan Nasa telah berjaya mengesan pergerakan di kem misi yang menunjukkan angkasawan mereka masih hidup – sekaligus mencetuskan misi menyelamat yang kini telah menjadi misi dunia dan bukan sekadar Amerika semata-mata.

martian-sits

Ia juga mencetuskan dilema sama ada krew yang sedang menuju pulang ke Bumi harus berpatah balik dan menyelamatkan Mark. Barang diingat, secara realitinya setiap perjalanan dari Bumi ke Marikh mengambil masa selama enam bulan.

Selepas menonton filem ini, anda akan dapat merasakan bahawa keseluruhan filem ini adalah mengenai diri Mark dan operasi untuk kembali menyelamatkannya.

Dalam hal ini, ia tidak akan mengecewakan anda. Ini kerana Matt Damon telah memberikan lakonan yang bukan sahaja bertaraf 10 bintang tetapi layak untuk dicalonkan sebagai penerima anugerah Oskar atau Golden Globe.

Lakonannya yang menyakinkan akan membuatkan para penonton percaya yang mereka benar-benar sedang menyaksikan bagaimana manusia bakal bertarung dengan atmosfera yang pelik jika mereka berkunjung ke Marikh.

Bagi Scott pula, kejayaannya membangkitkan suasana angkasa lepas yang menggerunkan ini bukanlah sesuatu yang asing lagi jika anda pernah menonton hasil kerja tangannya yang lain seperti Alien dan Blade Runner.

Dalam banyak-banyak filem sains fiksyennya, hanya Prometheus sahaja yang agak mengecewakan. Itu pun dari sudut jalan ceritanya sahaja tetapi set pengambarannya tetap menarik dan menawan.

Namun filem terbarunya ini adalah yang terbaik sejak Gladiator 15 tahun yang lalu.

Berdasarkan adaptasi dari karya novel Andy Weir dengan dialog yang menarik dan kadang kalanya lucu garapan Drew Goddard, lagu latar belakangnya pula adalah hasil sumbangan David Bowie dan tanpa disangka-sangka kumpulan pop paling popular di era lapan puluhan

Sumber: mStar Online


Related posts

7 Filem/Siri TV Survival Yang Pasti Buatkan Korang Melekat Di Tempat Duduk

Kakimuvee

7 Filem Sains Fiksyen Mengenai Angkasa Yang Harus Anda Tonton!

Kakimuvee

15 Filem Menarik Untuk Ditonton Pada Bulan Oktober

Kakimuvee

5 Filem Baru Akan Datang Yang Paling Ingin Ditonton Oleh Peminat

Kakimuvee

The Martian Official Trailer

Kakimuvee