Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

5 Filem Baru Akan Datang Yang Paling Ingin Ditonton Oleh Peminat

sumber: variety.com

Baru-baru ini, pihakĀ VarietyĀ telah mengeluarkan berita mengenai kajian yang dilakukan oleh Piedmont Media Research mengenai filem-filem baru yang paling ingin ditonton oleh peminat. Seramai 3000 orang telah dipilih untuk terlibat dengan servey ini untuk melihat filem baru manakah yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat.

Hasil daripada undian yang dilakukan oleh Piedmont Media Research ini, sebanyak 5 buah filem telah menerima undian tertinggi.

Antara filem-filem tersebut ialah:-

5. The Martian.

The Martian

Filem arahan pengarah Ridley Scott,Ā The MartianĀ berada dikedudukan kelima tertinggi dalam senarai filem yang paling ingin ditonton oleh peminat. Filem ini mendapat ratingĀ 255 dari jumlah keseluruhan 1000. Filem mengisahkan seorang angkasawan yang terperangkap di planet asing. Filem lakonan Mark Damon ini akan ditayangkan pada 2 Oktober 2015 dan dijangka mendapat kutipan box office dalam masa yang singkat.

4. Spectre

spectre

Filem-filem James Bond kebiasaanya memiliki rekod box office yang sangat baik, dan dijangka filem terbaru Bond ini akan meneruskan tradisi box office filem-filem Bond. Berdasarkan undian, filem terbaru 007 ini mendapat ratingĀ sebanyak 282. Filem SpectreĀ lakonan Daniel Craig ini akan ditayangkan pada 6 November 2015 nanti.

3. Hotel Transylvania

Hotel Transylvania 2

Di kedudukan ketiga adalah filem animasiĀ Hotel Transylvania 2.Ā Filem animasi ini mendapat ratingĀ sebanyak 313 daripada jumlah keseluruhan 1000. Ianya telah pun ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan. Filem animasi ini djangka akan mengatasihttp://kakimuvee.com/2015/09/hotel-transylvania-2-official-trailer/ rekod box office filem pertamanya nanti.

2. Star Wars: The Force Awaken.

star wars

Agak mengejutkan filem sekuel terbaruĀ Star WarsĀ ini tidak berada dikedudukan pertama dalam senarai filem yang paling ingin ditonton oleh peminat. Walaubagaimanapun, filem ini mendapat undian tertinggi pengundi lelaki iaitu sebanyak 553 manakala 383 dikalangan wanita dan purata rating adalah sebanyak 495 dari 1000. Walaupun dikedudukan kedua, filem arahan J.J Abrams ini dijangka akan mendapat box office hit tertinggi pada tahun ini.

1. The Hunger Games: Mockingjay Part 2

hunger games

Berada dikedudukan pertama ialah filem sekuel terakhir,Ā The Hunger Games: Mockingjay Part 2Ā lakonan pelakon jelita, Jennifer Lawrence. Kebiasanya, filem-filem yang memaparkan sekuel terakhir akan menjadi filem paling berjaya dalam siri filem seperti itu. Ini kerana ramai penonton yang ingin mengentahui bagaimana filem tersebut akan berakhir. Mungkin disebabkan itu, filem ini mendapat rating tertinggi sekali dengan rating sebanyak 514 dari jumlah 1000. Ini adalah rating paling tinggi sejak Piedmont Media Research memulakan undian sejak 5 tahun lalu. Filem sebelum ini yang mendapat undian tertinggi ialahĀ The Avengers: Age of UltronĀ yang mendapat ratingĀ sebanyak 509

 

 

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

1 comment

Uncle Zuan September 26, 2015 at 12:00 pm

okeh semua dalam list kecuali hotel transalvania

Reply

Leave a Comment