Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Filem Live Action Akira Diumumkan, Taika Waititi Akan Mengarah


Studio Warner Bros. telah mengumumkan tarikh tayangan filem ‘live-action’ Akira iaitu pada 21 May 2020. Lebih menarik, filem ini akan diarahkan boleh bekas pengarah filem Thor: Ragnarok, Taika Waititi.

Filem ini diadaptasikan dari manga/anime karya Katsuhiro Otomo. Terdapat enam volume Akira yang dihasilkan oleh Otomo dan laporan menyebut dua filem Akira bakal dihasilkan, setiap filem akan berdasarkan 3 volume siri Akira.

Filem ‘live-action’ Akira ini akan berlatarbelakangnya di bandar futuristik yang dikenali sebagai New Manhattan. Ia akan mengisahkan tentang ketua kumpulan motorsikal yang perlu menyelamatkan sahabatnya, yang telah dijadikan bahan ujikaji oleh pihak kerajaan.

Akira akan memulakan penggambaran di California dengan kos mungkin mencecah lebih $90 juta dolar. Filem ini akan menjadi projek yang paling disukai oleh Waititi kerana beliau merupakan peminat Akira sejak kecil.

Jadi kepada peminat-peminat anime, adakah anda gembira dengan berita yang diumumkan oleh Warner Bros. ini?



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

13 Filem Hollywood Yang Sebenarnya Mengambil Inspirasi Dari Anime Popular

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd