Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terakhir Godzilla: King of the Monsters Paparkan Pertarungan Hebat Antara Kaiju


Kurang beberapa hari sahaja lagi sebelum peminat menyaksikan filem Godzilla: King of the Monsters. Bagi merancakkan lagi keinginan untuk menonton filem epik itu, mari kita tonton trailer Godzilla: King of the Monsters yang mana ia menunjukkan pertarungan yang cukup ‘intense’ antara dua kaiju yang bermusuhan iaitu Godzilla & King Ghidorah,

Sekuel Godzilla ini diarahkan oleh Michael Dougherty manakala skrip ditulis oleh Dougherty sendiri bersama-sama Zach Shields.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Vera Farmiga, Millie Bobby Brown disamping dua pelakon dari filem pertama, Sally Hawkins dan Ken Watanabe serta beberapa pelakon lain iaitu Bradley Whitford, Thomas Middleditch, Charles Dance, O’Shea Jackson Jr., Aisha Hinds dan Zhang Ziyi

Godzilla: King of the Monsters akan memberi fokus kepada agensi rahsia kerajaan yang dikenali sebagai Monarch berhadapan dengan beberapa lagi raksasa selain Godzilla yang mula muncul. Mereka perlu merangka strategi serta perancangan rapi untuk melindungi manusia dari raksasa-raksasa selain Godzilla iaitu Mothra dan Rodan, serta musuh ketat kepada Godzilla, King Ghidorah.

Godzilla: King of the Monsters dijangka akan ditayangkan pada 30 May 2019