Tarikh Tayangan Sonic the Hedgehog Ditangguh Sehingga 2020

0
43
views

 

Selepas dikecam teruk kerana reka bentuk karakter Sonic yang tidak menyamai rekabentuk asal, pengarahnya Jeff Fowler mengumumkan pasukannya akan merekabentuk karakter Sonic sebelum ia ditayangkan dilayar perak.

Menurut pengarah itu lagi, proses tersebut akan mengambil masa 3 bulan dan memaksa tarikh tayangan filem live action / GCI itu ditunda dari 8 November 2019 ke tarikh baru iaitu 14 Februari 2020.

“Taking a little more time to make Sonic just right,”  - Jeff Fowler

Filem tersebut dikecam hebat oleh peminat sejurus sahaja trailer pertama filem Sonic the Hedgehog dilancarkan. Namun pengarahnya tidak meloncat, sebaliknya menerima kritikan peminat dan berjanji akan mengubah semula rekabentuk Sonic yang mirip seperti karakter kartun.

“Thank you for the support. And the criticism. The message is loud and clear… you aren’t happy with the design & you want changes. It’s going to happen. Everyone at Paramount & Sega are fully committed to making this character the BEST he can be… #sonicmovie #gottafixfast”

Sonic The Hedgehog dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan  Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here