Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Merancang Sebuah Lagi Filem Spin-Off Spider-Man Yang Melibatkan Karakter Silk


Pihak Sony dilaporkan merancang untuk menghasilkan sebuah lagi filem spin off Spider-Man. Jika sebelum ini karakter Venom diangkat ke layar perak, filem terbaru ini nanti akan melibatkan salah satu karakter dalam dunia komik Marvel. Karakter yang dimaksukan adalah Silk

Menurut laman web TheWrapbekas ketua Sony Pictures, Amy Pascal, akan menjadi penerbit filem tersebut. Ini merupakan filem superhero kelima yang dirancang pihak Sony selepas Silver and BlackMorbius, the Living Vampire dam Nightwatch.

Silk pertama kali diperkenalkan dalam komik The Amazing Spider-Man #4 pada tahun 2014 dan karakter tersebut dicipta oleh Dan Slott dan Humberto Ramos,

Seperti Spider-Man / Peter Parker, Silk atau nama sebenarnya Cindy Moon mendapat abiliti luar biasa selepas digigit oleh Labah-labah beradioaktif. Labah – labah tersebut adalah serangga yang sama menggigit Peter Parker.

Walaubagaimanapun, Silk tidak menonjolkan dirinya sebagai superhero seperti mana Peter Parker. Dia sebaliknya bersembunyi dalam tempoh yang agak lama didalam sebuah bunker yang dibina oleh mentornya, Ezekiel Sims.


Selepas meninggalkan tempat persembunyiannya, Silk telah menyertai Spider-Man dan beberapa karakter ‘Spider’ yang lain untuk menumpaskan penjahat Morlun – musuh ketat kepada Spider-Man.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee