Tarikh Tayangan Filem Mile 22 Telah Ditukar Ke Tarikh Baru

0
421
views

STXfilms mengumumkan pertukaran tarikh tayangan dua filem terbitan mereka iaitu Mile 22 dan The Happytime Murders. Filem aksi Mile 22 telah ditukar dari 3 Ogos ke17 Ogos 2018 manakala The Happytime Murders dianjak seminggu dari tarikh asal iaitu pada 24 Ogos 2018.

Mile 22 diarahkan oleh Peter Berg dan dibintangi oleh Mark Wahlberg, John Malkovich, Iko Uwais dan Ronda Rousey.

Walhberg membawakan watak James Silva, seorang ejen CIA, telah dibantu pasukan taktikal rahsia untuk mengambil dan melindungi aset yang mempunyai maklumat sangat berharga. Dia dan pasukannya perlu membawa aset tersebut ke tempat yang dikenali sebagai Mile 22 untuk dibawa keluar dan mengelakkan dari diserang musuh.

The Happytime Murders merupakan sebuah filem aksi komedi yang berlatarbelakangkan bandar Los Angeles dimana manusia dan patung boneka hidup bersama. Dua detektif yang terdiri dari manusia (Melissa McCarthy) dan boneka perlu berkerjasama untuk menyelesaikan misteri pembunuhan kejam yang berlaku pada seorang bekas pelakon dalam siri televisyen klasik boneka.

Filem tersebut diarahkan oleh Brian Henson dan dibintangi oleh Melissa McCarthy, Maya Rudolph, Joel McHale, dan Elizabeth Banks

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here