Ola Bola Review

0
552
views

olabolabanner_thumbnail

Tiada lagi yang mampu diperkataan setelah menonton filem terbaru arahan pengarah Chiu Keng Guan, Ola Bola. Speechless! tak sangka rupanya Malaysia mempunyai pengarah bertaraf 5 bintang dan mampu menghasilkan filem berkualiti 5 bintang tanpa melibatkan nama-nama besar dalam dunia lakonan dan perfileman.

Filem ini bukan menceritakan tentang bola semata-mata, ianya memberi satu semangat kepada penonton untuk menanam rasa cintakan pada negara dan juga semangat setiakawan walaupun berlainan bangsa dan berbeza bahasa.

Ola Bola bukan saja sebuah filem yang flat, filem ini penuh dengan emosi, konflik malah tidak ketinggalan, unsur-unsur humor yang menyebabkan kita tidak merasa bosan apabila menonton filem ini. Filemnya simple dan tidak rumit, cukup rilex apabila menontonnya. Tetapi pengarah Chiu bijak memanipulasi jalan cerita supaya tidak kelihatan bosan malah menarik untuk ditonton. 

Ola_Bola_5-producer_Marianne_played_by_Marianne_Tan_and_older_version_of_Eric_national_hero-280116_(1)

Walaupun filem ini diinspirasikan dari kisah bagaimana skuad Harimau Malaya memerah keringat mereka untuk layak ke Sukan Olimpik Moscow, Chiu dengan ideanya yang kreatif bijak mengadunkan kisah benar dan rekaan menjadi sebuah filem yang cukup tiptop dan berkualiti. Malah Chiu juga mampu menggabungkan ketiga-tiga bangsa utama Malaysia dalam satu filem seolah-olah tiada bangsa lain, yang ada hanya bangsa Malaysia.

Ola Bola Fact

Prestasi lakonan pelakon-pelakon baru tidak mengecewakan malah pelakon berpengalaman seperti Bront Palarae juga bagi kami cukup terbaik. Tak sia-sia pihak produksi menyiapkan para pelakon dengan kelas lakonan sebelum memulakan proses pengambaran. Tidak kaku dan setiap karakter yang dibawa oleh para pelakon benar-benar hidup.

BACA: 7 FAKTA MENARIK OLA BOLA YANG PATUT ANDA TAHU

Selain dari unsur-unsur moral, Ola Bola juga membuatkan kita mengimbau ke zaman kegemilangan bola sepak negara dan mengingati lagenda-lagenda yang bermain bermati-matian demi negara bukannya untuk nama. Selain itu juga, ia membuatkan kita sedikit sebanyak mengentahui bagaimana suka duka bekas-bekas legenda bola sepak dalam mencapai impian mereka. Dan sepanjang kami menyokong skuad Harimau Malaya, tidak pernah pun kami meremang bulu tengkuk apabila mendengar lagu keramat “Inilah Barisan Kita” terutamanya semasa pemain-pemain berada didalam helikopter Nuri, patriotik!

ola bola

Filem Ola Bola ini sudah cukup prefek dan teliti, dari kostum dan suasana yang kelihatan betul-betul seperti zaman 80-an, gaya bahasa seperti zaman tersebut, teknik – teknik CGI yang mengagumkan dan lakonan mantap para pelakon baik pelakon utama mahu pelakon tambahan. Kalau diberi 5 bintang, kami akan pilih kesemua bintang tanda kami betul-betul puas hati dengan mutu filem ini.

BACA: TEKNIK CGI OLA BOLA YANG SANGAT GEMPAK

Jadi kepada yang belum menonton filem Ola Bola, disarankan korang untuk menontonya, memang tidak merugikan malah cukup puas hati. Sangat berbaloi dan tidak bosan untuk menontonnya berulang kali. Dan untuk pemain-pemain bola sepak negara, korang tontonlah filem ini dan hadam pengorbanan lagenda bola sepak terdahulu dalam memartabatkan bola sepak negara di mata dunia.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here