Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Arkib

Filem – Filem Menarik Bulan Februari 2016


february movies

Bulan Januari bakal melabuhkan tirainya. Setelah tayangan hebat beberapa filem pada bulan Januari seperti filem Matmoto  dan yang terbaru filem Ola Bola, kini bulan Februari akan menyajikan anda dengan beberapa tayangan menarik. Paling diberi perhatian adalah filem Deadpool yang merupakan filem karakter terbaru Marvel dan juga filem seram tempatan Munafik arahan pengarah Syamsul Yusof.

Disini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa filem menarik bulan Februari yang patut anda tonton.

maxresdefault

1. The Revenant

Filem adaptasi dari novel Michael Punke ini mengisahkan dendam Hugh Glass (Lakonan Leonardo DiCaprio) yang mendapat cederah parah setelah diserang beruang. Apabila kumpulan pemburu meninggalkkannya dan membiarkan dia mati, Glass terpaksa menggunakan pengalamnan servivalnya untuk sembuh dan pulang ke pangkuan keluarga. Dipenuhi sifat dendam terhadap kumpulannya terutama John Fitzgerald (Lakonan Tom Hardy) yang telah mengkhianatinya dan meninggalkanya semasa beliau cedera parah selepas diserang.

Filem ini telah mendapat beberapa pencalonan Oscar. Bakal ditayangkan di pawagam tanah air pada 4 Februari ini.


Tarikh Tayangan: 4 Februari
Official Trailer: The Revenant

pelepas saka

2. Pelepas Saka

MIG kembali dengan menampilkan sebuah filem terbaru Pelepas Saka. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Haider dan isterinya Alisya yang telah pulang ke kampung Mestika untuk menghadiri majlis doa selamat yang dilakukan oleh ibu bapa Haider, Adnan dan Nora. Adik kembar Haider, Raden juga pulang.

Dari kecil hingga besar Haider dan Raden mempunyai hubungan yang rapat, namun semuanya berubah selepas Haider berkahwin dengan Alisya yang merupakan bekas kekasih Raden. Sementara itu pada satu malam Asiah telah melakukan upacara melepaskan sakanya pada Haider. Haider yang tidak menyedari bahawa dirinya didampingi oleh saka Asiah mula berubah perangai.

Tarikh Tayangan: 4 Februari
Official Trailer: Pelepas Saka

deadpool-movie-filming-locations

3. Deadpool

Filem kerjasama antara 20th Century Fox dan Marvel Entertainment, Filem Deadpool adalah mengisahkan askar upahan Wade Wilson (lakonan Ryan Reynolds) yang telah menjadi bahan experiment kejam sebuah organisasi sehingga dia memperolehi kuasa yang luar biasa iaitu dapat menyembuh diri dengan cepat dan sukar untuk ditewaskan. Selepas melarikan diri dari tempat makmal yang menjadi tempat ujikajinya, Wade telah mengubah dirinya menjadi superhero dan menggunakan nama Deadpool dan dengan kuasanya yang ada, dia memburu orang yang bertanggungjawab memusnahkan kehidupannya.

Tarikh Tayangan: 11 Februari
Official Trailer: Deadpool

perjanjian syaitan 2016

4. Perjanjian Syaitan

Filem seram “Perjanjian Syaitan” ini menyaksikan pengarah filem M. Subash Abdullah kembali dengan filem seram terbaru selepas “Karma Reborn” dan “Misteri Bisikan Pontianak”. Penonton jangan terkeliru dengan judul filem ini yang merupakan judul filem seram pada tahun 1981 yang mana ia diarahkan oleh S. Sudarmaji dan dibintangi pelakon seperti S Rosley, Dinda Sumantri, Azean Irdawaty dan ramai lagi. Ia dianggap sebagai filem Melayu paling seram pernah dihasil setakat ini. Namun, adakah filem yang menggunakan judul sama ini bakal setanding dengan filem 20 tahun lalu?

Tarikh Tayangan: 18 Februari
Official Trailer: Perjanjian Syaitan

Joy film

5. Joy

Filem Joy adalah filem Amerika Biografikal Komedi ini ditulis dan diarahkan oleh David O. Russel dan dibintangi oleh Jennifer Lawrence sebagai Joy Mangano, Jutawan yang telah membuat mencipta empayar perniagaan. Mangano merupakan ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak. Pada tahun 1990, beliau telah mencipta “Miracle Mop” dan telah mendapat kejayaan yang memberangsangkan. Beliau kemudiannya telah mempatenkan ciptaannya yang lain dan menjualnya di rankaian Home Shopping Network. Filem ini memberi inspirasi kepada penonton tentang bagaimana Mangano mengatasi masalah peribadi dan perniagaan untuk beliau berada dipuncak.

Tarikh Tayangan: 18 Februari
Official Trailer: Joy

pride and prejudice and zombie

6. Pride and Prejudice and Zombie

Filem ini tiada kaitan dengan alam mistik, tetapi filem zombi ini sememangnya antara filem yang paling digemari oleh penonton. Filem arahan Burr Steers ini bukan sahaja seram, tetapi pengarah turut menyuntik elemen komedi dan romantik. Filem yang dibintangi oleh Lily James, Sam Riley, Matt Smith, Bella Heathcote, Jack Huston dan Douglas Booth ini jika dilihat sekali imbas tampak hampir sama seperti filem zombi “Warm Bodies”. Nak tahu sama ke tidak? Kena tonton lah nanti.

Jalan cerita filem ini telah diberi sedikit ‘twist’ daripada novel Janes Austen yang mana ia mengisahkan tentang wabak misteri yang melanda England pada abad ke-19 apabila ia dibanjiri dengan zombi. Walaupun tidak bersependapat, seorang heroin berani bernama Elizabeth Bennet dan seorang pembunuh zombi Mr. Darcy perlu bersatu untuk menumpaskan zombi-zombi tersebut.

Tarikh Tayangan: 18 Februari
Official Trailer: Pride and Prejudice and Zombie

the-other-side-of-the-door-6

7. The Other Side Of The Door

Filem arahan Johannes Roberts ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bersedih di atas kematian anak lelakinya, bergelut dengan perasaannya terhadap anak perempuan dan suaminya. Apabila dia mendapat tahu tentang satu ritual yang membolehkan dia mengucapkan selamat tinggal kepada anak lelakinya, dia tanpa berfikir panjang melakukan ritual itu. Malangnya, ritual itu secara tidak langsung telah membuka pintu gerbang di antara dunia realiti dan dunia kematian. Berikutan itu, dia kini perlu menyelamatkan anak perempuannya yang diancam oleh kejahatan yang dahulu merupakan anak lelaki kesayangannya.

Nampaknya berdasarkan sinopsis filem “The Other Side Of The Door” ini sebuah filem yang boleh dikatakan menarik untuk ditonton. Ia dibintangi oleh Sarah Wayne Callies, Jeremy Sisto dan Javier Botet.

Tarikh Tayangan: 25 Februari
Official Trailer: The Other Side Of The Door

Munafik 6

8. Munafik

Filem Munafik ini berkisar tentang Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia. Kemudian dia mengalami pelbagai pengalaman aneh setelah dipujuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang mengalami gangguan.

Tarikh Tayangan: 25 Februari
Official Trailer: Munafik


Related posts

7 Filem Hollywood Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Bulan Jun Ini

Kakimuvee

Filem-Filem Menarik Bulan Ogos

Is Mohd

Filem-Filem Menarik Minggu Ini (15 – 21 April 2018)

Kakimuvee

Filem-Filem Berbahasa Cina Yang Menarik Untuk Ditonton Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Is Mohd

Filem-Filem Menarik Bulan Disember

Kakimuvee

Filem-Filem Menarik Bulan Oktober

Kakimuvee