Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

7 Fakta Menarik Mengenai Filem Ola Bola


OlaBola-Poster-e1449813664213-700x419

Setelah kejayaan filem Polis Evo, kini Astro Shaw bakal menayangkan filem yang bakal meletup tahun 2016 ini. Filem yang dimaksudkan ialah filem bergenre sukan, Ola Bola. Filem arahan Chiu Keng Guan bakal mengisahkan tentang zaman kegemilangan bola sepak negara yang telah berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980. Filem terbitan Astro Shaw ini telahpun  menemui penonton pada 28 Januari 2016.

Memandangkan filem ini kelihatan menarik dan ramai daripada kita yang tidak sabar untuk menonton filem mengenai zaman kegemilangan Harimau Malaya, disini kami ingin kongsikan beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai filem Ola Bola ini.

Chiu says Ola Bola the star

1. Pengarah Chiu Keng Guan

Kebanyakkan peminat filem tempatan terutamanya bangsa melayu kurang mengenali pengarah berbangsa cina ini. Tapi tahukah anda bahawa Pengarah Chiu Keng Guan telah mencipta kejutan apabila filem arahannya berjudul The Journey berjaya mengutip kutipan box office iaitu RM17 juta sekaligus memberi harapan baru kepada industry perfileman tanah air. Diharap filem terbaru ini dapat mengulangi kejayaannya sebelum ini.

bront_palarae1_1201

2. Barisan pelakon

Pihak produksi Astro Shaw mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan pelakon-pelakon tidak ternama dan muka baru dalam dunia lakonan untuk membintangi filem Ola Bola ini. Hanya Bront Palarae sahaja aktor yang dikenali dalam dunia mainstream perfileman tanah air manakala Luqman Hafidz merupakan pelakon baru. Pihak produksi telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon menghayati watak yang diberikan supaya dapat memberi impak yang besar untuk filem ini

ola-bola-770x470

3. Penggunaan bahasa & pelakon berbilang bangsa

Filem Ola Bola ini menampilkan sedikit kelainan apabila ketiga-tiga bahasa utama Malaysia digunakan dalam filem ini dimana 60 peratus bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Mandarin dan Tamil. Selain itu juga filem ini menggabungkan ketiga-tiga bangsa sebagai pelakon utama iaitu Melayu, Cina dan India dalam satu filem


ola bola

4. Lokasi pengambaran.

Stadium keramat negara suatu masa dulu, iaitu Stadium Merdeka telah terpilih sebagai lokasi pengambaran Ola Bola dan sebuah set fun fair telah dibina untuk filem ini.

Selain itu juga, Selangor, Perak, Penang, Johor dan Sabah adalah tempat lokasi pengambaran filem ini.

5. Kos produksi tidak didedahkan

Pihak produksi Astro Shaw tidak mendedahkan kos pembikinan filem ini. Menurut ketua operasinya, kos produksi adalah rahsia.

Ola Bola Fact

6. Tidak menggunakan nama karakter sebenar.

Walaupun filem Ola Bola merupakan kisah kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke sukan Olimpik Moscow 1980, pihak Astro Shaw tidak menggunakan nama-nama pemain dan individu yang terlibat pada masa itu, tetapi ia mengantikan dengan nama lain. Walaupun nama ditukar tetapi karakternya tetap sama seperti pemain-pemain kebangsaan dan individu yang terlibat pada masa itu.

7. Allahyarham Mokthar Dahari tiada dalam filem ini.

Mesti ramai tertanya-tanya mengapa tiada watak Supermokh dalam filem ini. Ini disebabkan Allahyarham tiada dalam kesebelasan utama semasa Malaysia menumpaskan Korea Selatan 2-1 untuk layak ke sukan Olimpik 1980. Allahyarham Mokhtar Dahari tidak terlibat dengan skuad kebangsaan pada masa itu disebabkan telah bersara dari menyertai Skuad Kebangsaan (Diceritakan dalam dokumentari The Untold Truth About Super-mokh, Allahyarham dikatakan merajuk dengan pihak tertentu yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk bersara)


Related posts

Soundtrack Ola Bola Menangi Anugerah Di Festival Filem Taipei

Kakimuvee

Ola Bola Review

Kakimuvee

Proses CGI Filem Ola Bola Yang Sangat Gempak

Kakimuvee

Luqman Hafidz Intai Peluang Lakonan

Kakimuvee