Trivia

Siapakah Deadpool?

Views

deadpool

11 Februari akan datang, satu lagi filem yang diadaptasikan dari komik Marvel akan ditayangkan di pawagam. Filem yang dimaksudkan adalah filem Deadpool. Filem yang dihasilkan dengan kerjasama diantara 20th Century Fox & Marvel Entertainment.

Mesti ramai tertanya-tanya siapakah Deadpool bukan? Yelah, kalau karakter-karakter X-Men atau Avengers mesti ramai yang tahu kerana telah didedahkan dalam siri kartun dan filem-filem terdahulu. Ok disini kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai karakter baru ini.

Deadpool atau nama sebenarnya Wade Winston Wilson adalah salah satu karakter utama dalam Marvel Universe malah ianya juga antara karakter yang terkuat. Merupakan seorang mutant sama seperti kumpulan X-Men, Magneto dan lain-lain lagi. Deadpool juga bukanlah hero mahupun villian, karakternya lebih kepada antihero.

deadpool-comics-theme-15

Dalam dunia komik, Deadpool diperkenalkan pada tahun 1991 dan dicipta oleh Fabian Nicieza & Rob Liefeld. Kemunculan pertama karakter ini adalah dalam komik siri The New Mutants isu #98 dan muncul sebagai supervillian. Dia kemudian telah diubah karakternya menjadi lebih kepada antihero. Bagi yang tidak mengentahu maksud antihero ialah, karakter bukan hero yang tidak memiliki disiplin, buas dan pekara-pekara negatif yang lain, tetapi karakter tersebut bukanlah karakter penjahat.

Deadpool merupakan seorang askar upahan yang memiliki masalah mental dan dia mempunyai kelebihan lebih kurang sama seperti Wolverine iaitu kuasa menyembuh, superhuman abilities, dan pakar dalam seni mempertahankan diri. Deadpool juga memiliki mulut yang sangat "becok" dan juga karakter yang suka membuat humor

Deadpool-Cable-Sentinels-Art

Sebab itu, kalau anda menonton trailer filem Deadpool, anda akan lihat humor yang dibuat oleh Deadpool kerana itulah salah satu karakter yang dicipta oleh Fabian Nicieza & Rob Liefeld

Dalam dunia perfileman, Deadpool adalah satu karakter dalam filem X-Men Origins: Wolverine yang dikeluarkan pada tahun 2009. Jika anda menonton filem tersebut, karakter yang handal bermain pedang & yang bertarung dengan Wolverine & dan Victor Creed di loji Nuklear dalam filem itu adalah Deadpool atau nama karakter tersebut Wade Wilson. Aktor yang berlakon pada masa itu adalah Ryan Reynolds & beliau juga turut membawak karakter yang sama dalam filem terbaru ini.

Deadpool dalam filem X-Men Origin
Deadpool dalam filem X-Men Origin

Cuma untuk filem terbaru ini, sejarah & perjalanan awal Deadpool diubah dari filem X-Men Orgins: Wolverine. Jadi jika terdapat perbezaan, korang abaikan sahaja

So, itu sajalah serba sedikit informasi mengenai karakter Deadpool. Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, nantikan filem ini yang akan ditayangkan pada 11 Februari 2016 dipawagam terdekat.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks