Nama pelakon Fathia Latiff sejak kebelakangan ini menjadi sebutan ramai setelah dia terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.
Terbaru, Fathia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap sebuah produksi yang cuba memperbesarkan isu dia datang lewat sedikit ke set penggambaran sebuah drama. Beliau meluahkan perasaan semasa ditemubual oleh wartawan BH Online
“Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya. Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. “Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. Kalau nak cari kesalahan orang, laju saja,”
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff bagaimanapun, tidak mendedahkan nama produksi tersebut tetapi berkata ia bukanlah nama produksi yang begitu dikenali dalam dunia seni tempatan.
Dalam pada itu, pelakon Darah Panas ini turut menyelar sikap produksi yang mahu setiap pelakon bekerja dengan sempurna, tetapi pihak produksi sendiri bekerja sambil lewa.
Tambahnya lagi, dia kecewa apabila bakat, sumbangan, pencapaian dan kebaikan yang dibuat tidak diendahkan sebaliknya kesalahan kecil diperbesarkan dengan sengaja.
Sumber: Cinema Online