Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Dr Soo Wincci Cuba Tembusi Hollywood

Pelakon, penyanyi dan pengacara Dr Soo Wincci kini dalam misi untuk cuba menembusi Hollywood pula apabila dia kini sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik di Kolej Muzik Berklee, Sepanyol, sejak Julai tahun lalu.

Menurut Soo Wincci, peluang melanjutkan pengajian di Valencia ini akan dijadikan sebagai batu loncatan untuknya cuba menembusi Hollywood.

“Di sini, saya sudah ubah jalan yang dilalui dulu. Saya tinggalkan Malaysia selepas digam dua tahun lalu. Saya kehilangan kerja dan syarikat.

“Tetapi, hikmah di sebalik kejadian itu saya dapat tukar perjalanan muzik ke luar negara dan kini saya terbabit dalam teknologi muzik serta menjadi produser muzik,” ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Selain rancangan untuk ke Hollywood, selebriti berusia 32 tahun ini juga kini sedang berusaha untuk menguasai bahasa Sepanyol sebagai persiapan untuk mengadakan konsert sulungnya di negara itu.

Dalam pada itu, pelakon “Suatu Malam Kubur Berasap” ini berkata dia sudah nekad dan tidak akan pulang ke Malaysia untuk satu jangka masa panjang kerana dia sudah melepaskan segala-galanya untuk berada di Sepanyol.

Malah dia juga kini bekerja di studio dan belajar untuk menjimatkan wang bagi merealisasikan misinya untuk ke Amerika Syarikat.

Sementara itu, Soo Wincci berkata dia boleh berasa selesa sekiranya dia pulang ke tanah air, tetapi dia mahu menjadi contoh baik kepada semua untuk bekerja lebih keras dan sudah berjanji dengan diri sendiri tidak akan pulang selagi belum menggenggam trofi Grammy atau Oscar.

Sumber: Cinemaonline.com

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment