Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Mawi Kini Bergelar Pengarah, Bakal Muncul Dengan Filem Sulungnya


Sumber gambar: Cinema Online

Selepas berjaya dalam bidang nyanyian, kini Mawi beralih ke bidang pengarahan filem pula apabila bakal muncul dengan nashkah sulungnya tidak lama lagi. Filem yang masih tidak mempunyai tajuk itu bakal dihasilkan menerusi filem produksinya sendiri, Mawi World Production Sdn. Bhd.

Menurut penyanyi tersebut, filemnya itu sedangn dalam pembikinan dan dibintangi oleh Hazama, Joey Daud, Along Cham serta Amira Othman. Artis itu juga mendedahkan, beliau berterima kasih kepada pengarah Syamsul Yusof yang banyak berkongsi ilmu tentang dunia perfileman kepadanya. Mawi juga turut berbincang dengan pengarah tersebut mengenai idea dan skripnya sebelum proses penggambaran dimulakan.

Dalam perbincangan tersebut, Syamsul memberikan cadangan supaya filem bergenre komedi Islamik diketengahkan berikutan genre seperti itu kurang ditampilkan.

“Saya tidak sangka boleh menyimpang jauh daripada kerjaya asal sebagai penyanyi. Minat saya sekarang lebih ke arah pada kerja belakang tabir. Bagaimanapun, saya bertuah memiliki sahabat seperti Syamsul Yusof yang tidak lokek ilmu dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. 

“Dulu, kami hanya kenal tetapi tidak rapat. Apabila Syamsul mahu saya berduet dengannya menerusi lagu “Kalah Dalam Menang”, saya percaya inilah masanya saya menuntut ilmu dengan pengarah yang memiliki deretan filem pecah panggung seperti Syamsul. Allah membuka jalan untuk saya meneruskan impian mengarah filem yang sudah lima tahun saya pendam,” kata Mawi kepada BH Online


Filem yang menelan belanjan RM1.5 juta ini dijangka bakal menemui penonton pada penghujung tahun 2018.

Ini bukanlah pengalaman pertama Mawi mengarah, kerana sebelum ini dia pernah mengarah lima buah telefilem iaitu, Pak Nik Ibu Kirim Salam, Jiwa Kacau, Siapa Dapat Lisa, Novel Fana dan Rock Sangkut.

Sementara itu, selain mengarah Mawi juga bakal muncul dengan filem terbaru lakonannya berjudul Munafik 2 arahan Syamsul Yusof tidak lama lagi.


Related posts

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Mawi Kembali Dengan Filem Terbaru Berjudul “Hantu Kuat Ketawa”

Kakimuvee

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee