Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Fathia Latiff Luahkan Perasaan Tidak Puas Hati Produksi Besarkan Isu Beliau Datang Lambat


Nama pelakon Fathia Latiff sejak kebelakangan ini menjadi sebutan ramai setelah dia terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.

Terbaru, Fathia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap sebuah produksi yang cuba memperbesarkan isu dia datang lewat sedikit ke set penggambaran sebuah drama. Beliau meluahkan perasaan semasa ditemubual oleh wartawan BH Online

“Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya. Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. “Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. Kalau nak cari kesalahan orang, laju saja,” 

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff bagaimanapun, tidak mendedahkan nama produksi tersebut tetapi berkata ia bukanlah nama produksi yang begitu dikenali dalam dunia seni tempatan.

Dalam pada itu, pelakon Darah Panas ini turut menyelar sikap produksi yang mahu setiap pelakon bekerja dengan sempurna, tetapi pihak produksi sendiri bekerja sambil lewa.


Tambahnya lagi, dia kecewa apabila bakat, sumbangan, pencapaian dan kebaikan yang dibuat tidak diendahkan sebaliknya kesalahan kecil diperbesarkan dengan sengaja.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Dr Soo Wincci Cuba Tembusi Hollywood

Kakimuvee

Apa Kata Selebriti Selepas PRU 14 Semalam

Is Mohd

MBO Bakal Dibuka di Kempas, Johor & Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Is Mohd

Penggambaran Filem Abang Long Fadil 3 Akan Bermula Selepas Raya

Is Mohd

Que Haidar Masih Aktif Berlakon Tetapi Selektif

Is Mohd

Mawi Kini Bergelar Pengarah, Bakal Muncul Dengan Filem Sulungnya

Is Mohd