Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Fathia Latiff Berjari Puaka, Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri?


Sumber gambar: Astro Awani

Jari jemari pelakon Fathia Latiff sekali lagi mengundang kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen yang agak jelek ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya.

Antara komen-komen yang ditinggalkan pelakon tersebut ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi ‘live’.adalah “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang”

Komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu kini telahpun viral di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.

Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius. Bagaimanapun, netizen berpendapat Fathia tidak sepatutnya meninggalkan komen sedemikian kepada Iqram biarpun niatnya hanya sekadar bergurau kerana ia mungkin akan mendorong Iqram melakukan sesuatu tanpa diduga.

Nama Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu menari di Bigo Live serta kenyataan-kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram


Sumber: Astro Awani


Related posts

Pelakon Kontroversi, Iqram Dinzly Bakal Muncul Dalam Telefilem Terbaru

Is Mohd

Dr Soo Wincci Cuba Tembusi Hollywood

Kakimuvee

Apa Kata Selebriti Selepas PRU 14 Semalam

Is Mohd

MBO Bakal Dibuka di Kempas, Johor & Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Is Mohd

Penggambaran Filem Abang Long Fadil 3 Akan Bermula Selepas Raya

Is Mohd

Que Haidar Masih Aktif Berlakon Tetapi Selektif

Is Mohd