Pelakon Kontroversi, Iqram Dinzly Bakal Muncul Dalam Telefilem Terbaru

164
views

Pelakon kontroversi Iqram Dinzly teruja apabila dapat kembali beraksi di hadapan kemera selepas ditawarkan untuk membintangi sebuah telefilem khas bersempena Hari Kemerdekaan berjudul Wanita Di Hujung Kuala selepas dua tahun menyepikan diri dari dunia seni.

“Saya tahu peminat rindukan lakonan saya. Tapi, biasalah, netizen fikir lagak saya sebelum ini persis ‘orang gila’. Jadi peluang berlakon makin menjauh… Alhamdulillah, siapa sangka akhirnya peluang beraksi datang kembali,” 

Dalam telefilem arahan Raja Mukhriz itu, Iqram akan membawa watak sebagai Adam, iaitu seorang anak kampung berpendidikan mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Singapura pada era penjajahan Jepun.

Bercerita lanjut mengenai penggambaran telefilem itu, pelakon Lagenda Budak Setan 3: Kasyah akui berasa kekok dan gementar apabila kembali ke set penggambaran berikutan sudah lama tidak berlakon.

Malah dia juga berdepan cabaran sukar apabila menjayakan satu babak yang memerlukannya berendam dalam air terjun sambil melontarkan dialog yang mana dia ketika itu mengigil kesejukan.

Bagaimanapun dia tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan dirinya.

Selain Iqram, telefilem itu akan diturut dibintangi pelakon lain seperti Daler Yusof dan Nazeera Saidi.

Sumber: Cinema Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here