Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kos Penggambaran Dua Filem Terbaru Avengers Cecah $1 Billion?


Terdapat persoalan dikalangan peminat-peminat filem terutamanya yang meminat filem-filem Marvel, berapa bayaran yang diterima oleh para pelakon dan juga kos penggambaran filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4 memandangkan terdapat begitu banyak karakter-karakter utama yang juga pelakon terkenal dalam filem berkenaan.

Menurut satu artikel bertarikh 2 Mac 2017 dari Atlanta Business Chronicle, kos pembikinan filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4 mungkin mencecah $1 billion dollar. Ia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik bersama Pinewood Atlanta Studios, Dan Cathy yang mendedahkan terdapat filem yang akan melakukan penggambaran di Atlanta dengan kos penggambaran mencecah $1 billion dollar. Seperti yang kita tahu, penggambaran kedua-dua filem Avengers sememangnya dilakukan disana dan dua filem berkenaan telahpun selesai penggambarannya.

Jadi kita boleh andaikan, setiap filem Avengers yang dihasilkan ber’budget’ $500 juta setiap satu. Apa yang membuatkan kos pembikinan kedua-dua filem tersebut mencecah $1 Billion?

Untuk informasi, kos pembikinan filem Marvel paling mahal setakat ini adalah filem Avengers: Age of Ultron yang mencecah $280 juta diikuti filem Captain America: Civil War yang mencecah $250 juta. Kedua-dua filem berkenaan banyak menampilkan karakter superhero berbanding filem-filem solo Marvel yang lain. Malah kos pembikinan filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 juga mencecah $200 juta kerana melibatkan beberapa pelakon kelas A Hollywood seperti Chris Pratt, Zoe Saldana, Vin Diesel, Kurt Russel dan Sylvester Stallone. Jadi tidak mustahil, kos pembikinan sebuah filem Avengers akan mencecah $500 juta kerana selain kos produksi, banyak wang yang perlu dikeluarkan oleh Disney dan Marvel Studio untuk membayar pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem superhero berkenaan.

Seperti yang kita tahu, beberapa pelakon utama kedua-dua filem Avengers merupakan antara pelakon yang paling mahal ketika ini. Sebagai contoh, Robert Downey Jr. yang dikatakan telah menerima bayaran sebanyak $20 juta untuk penampilannya dalam filem Avengers: Age of Ultron dan $40 juta untuk filem Captain America: Civil War. 


Menurut laman web Slashfilm.com, purata bayaran yang diterima beberapa pelakon dalam filem Age of Ultron dikatakan diantara $5 juta sehingga $10 juta seorang (tidak termasuk Robert Downey Jr.). Malah laman web tersebut juga mendedahkan untuk filem Infinity War dan Avengers 4, aktor Robert Downey Jr. akan menerima bayaran sebanyak $200 juta!

Selain itu juga, berdasarkan dari beberapa sumber beberapa laman web antarabangsa, selain Downey, Scarlett Johansson antara pelakon Marvel yang menerima bayaran tertinggi dimana beliau telah mengumpul sebanyak $20 juta sepanjang berlakon sebagai watak Black Widow, manakala Chris Evan sebanyak $6.9 juta, Jeremy Renner sebanyak $6.1 juta, Chris Hemsworth sebanyak $5.4 juta dan Mark Ruffalo sebanyak $2.8 juta. Jadi tidak mustahil bayaran bagi setiap aktor dalam filem Marvel akan datang berada dalam lingkungan 1 hingga 2 angka setiap seorang (dalam nilai juta).

Walaupun Marvel tidak mendedahkan jumlah bayaran yang bakal diterima oleh para aktor, kita boleh jangkakan, kedua-kedua filem Marvel akan datang itu bakal menjadi filem paling mahal pernah dihasilkan. Selain faktor kos produksi, gaji para pelakon akan menyumbang kepada kos yang tinggi untuk menghasilkan satu filem Avengers. 

Setakat ini, filem paling mahal pernah dihasikan adalah Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang mana kos produksinya mencecah $378.5  juta dolar diikuti Pirates of the Caribbean: At World’s End & Justice League yang mana kedua-dua kos pembikinan filem mencecah $300 juta dolar.

Filem Avengers: Infinity War akan mula ditayangkan pada 4 May 2018 (Tarikh tayangan di Malaysia akan dimaklumkan kelak)


Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee