Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Zizan Razak Mahu Bantu Petugas Barisan Hadapan Hadapi COVID-19


Pandemik COVID -19 telah memberi impak yang besar kepada negara. Sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac yang lalu, terdapat segelintir masyarkat yang terjejas terutama golongan yang susah, dan dalam masa yang sama, petugas barisan hadapan tetap meneruskan usaha mereka mengekang penularan wabak.

Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara popular Zizan Razak, dia kini tidak memikirkan soal kerjaya seninya, sebaliknya mahu memberi bantuan kepada mereka yang terjejas.

Menurut selebriti itu, dia dan beberapa artis popular lain kini dalam perancangan untuk membantu para petugas barisan hadapan termasuk masyarakat yang terjejas.

“Saya dan beberapa rakan artis merancang membantu petugas barisan hadapan. Selain itu, saya bersama beberapa badan juga kini sedang menyusun strategi bagi membantu mereka berdepan kesempitan hidup”

“Projek dan kerjaya saya serahkan kepada pihak pengurusan mengaturnya buat masa ini. Apa yang lebih bermakna, saya dapat membantu rakyat Malaysua yang memerlukannya,” 


Dalam pada itu, Zizan berkata tindakan produksi Nizra Entertainment yang menghentikan tayangan filem terbaru lakonannya berjudul Bulan Dan Pria Terhebat adalah tepat demi keselamatan orang ramai.

Zizan mengakui apabila perkara ini berlaku pihak yang paling terkesan adalah penerbit, tetapi dalam situasi ketika ini kita aktor itu berkata kita tidak seharusnya memikirkan kepentingan sendiri.

Selain Bulan dan Pria Terhebat, Zizan bakal muncul dalam filem terbaru antaranya, Polis Evo 3 dan Abang Long Fadil 3. Setakat ini, dua filem akan datang Zizan masih belum didedahkan tarikh tayangannya.


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee