Slot Tempatan

Kuman Pictures Anjur Pertandingan Filem Pendek

Views

Bosan duduk dirumah ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan? ini masanya untuk anda mengisi masa lapang dengan menghasilkan sebuah filem pendek dan memenangi hadiah berupa wang tunai RM1,000.

Syarikat produksi Kuman Pictures telah melancarkan pertandingan filem pendek yang hanya memerlukan anda untuk merakam filem tersebut dirumah sahaja.

Syarat yang ditetapkan sangat mudah, mestilah filem bertemakan thriller atau seram, perlu dirakam didalam rumah, berdurasi 1 hingga 10 minit, dan boleh dihasilkan dalam apa jua bahasa. Pertandingan ini bagaimanapun hanya terbuka kepada rakyat Malaysia atau berstatus penduduk tetap sahaja.

Hanya seorang sahaja yang dipilih, dan pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan filem pendek yang menang akan dimuat naik di saluran YouTube Kuman Pictures.

Tidak perlu peralatan profesional, pelakon dan kru (hanya gunakan telefon pintar anda dan sesiapa yang ada di rumah), ini merupakan peluang terbaik buat pembikin filem amatur untuk menghasilkan filem pendek!

Muzik domain awam atau bebas royalti dibenarkan untuk digunakan dalam filem pendek. Filem pendek yang siap perlu dimuat naik di laman YouTube, Vimeo, Tiktok atau mana-mana akaun media sosial dengan hashtag #KumanPicturesChallenge. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Kuman Pictures.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks