Apa Itu Sekuel, Prekuel, Trailer Dan Sebagainya? Bacanya Disini

251
views

Kita mesti ternampak perkataan-perkataan seperti ‘sekuel’, ‘prekuel’, ‘filem reboot’ dan pelbagai terma-terma yang sering dikaitkan dengan filem. Ada terma yang kita dapat fahami, ada juga terma-terma yang kita tidak tahu atau pertama kali mendengarnya.

Tidak mengapa, kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada anda beberapa terma yang sering digunakan berita, ulasan mahupun info-info melibatkan dunia perfileman dan televisyen. Berikut adalah terma yang sering digunakan dan maksud disebalik penggunaan perkataan tersebut.

1. Sekuel / sequel

Sambungan dari filem asal atau filem sebelumnya

Contoh filem luar: Insidious 2 sambungan dari Insidious 1
Contoh filem tempatan: Munafik 2 sambungan dari filem Munafik 1

2. Prekuel / Prequel

Filem kedua,ketiga atau selebihnya yang dihasilkan tetapi penceritaannya sebelum dari filem asal.

Contoh filem: Prometheus, prekuel untuk filem Alien

3. Trilogi / Trilogy

Siri Filem yang mempunyai sekurang-kurangnya dua sekuel

Contoh filem: Pitch Perfect, Spider-Man, X-Man

4. Movie Franchise

Koleksi filem yang berkaitan dan berada dalam dunia (universe) yang sama ataupun dijual dalam beberapa siri filem.

Contoh: Franchise Resident Evil, Twilight Saga, Fast & Furious

5. Saga

Beberapa siri filem yang memberi fokus pada karakter utama dan keturunannya atau alat.

Contoh filem: Star Wars Saga – kisah keluarga Skywalker, Infinity Saga – mengenai Infinity Stone

6. Spoof Movie

Filem parodi yang dibuat berdasarkan dari filem asal

Contoh: Spaceball, filem parodi dari filem Star Wars, Scary Movie, filem parodi dari filem Scream dan jika filem tempatan, Jangan Pandang Belakang Congkak, filem parodi dari filem Jangan Pandang Belakang dan Filem Congkak

7. Spin off

Filem yang dihasilkan dengan mengambil sedikit bahagian dari filem asal atau mengambil satu karakter dari filem asal untuk dijadikan sebuah filem panjang.

Contoh: Rogue One: A Star Wars Story mengambil part awal filem Star Wars: A New Hope untuk dijadikan filem.

Bagi filem tempatan, Abg Long Fadil adalah spinoff dari filem KL Gangster yang menggunakan karakter Fadil dallam KL Gangster untuk dijadikan sebuah filem panjang.

8. Universe

Beberapa siri filem keluaran studio yang sama dan berkait antara satu sama lain.

Contoh: Conjuring Universe, Filem-filem Marvel Cinematic Universe dan DC Extended Universe.

9. Kesan mekanikal / Practical Effect 

Kesan khas tidak menggunakan bantuan komputer.

Contoh babak filem: Peter Parker menyelamatkan tray makanan Mary Jane dari terjatuh dalam filem Spider-Man. Solekan zombi pada wajah pelakon dalam filem Zombi Kampung Pisang

10. Computer-generated imagery (CGI)

Kesan khas yang dihasilkan dengan bantuan komputer

Contoh filem: Sut Spider-man dalam filem Avengers: Endgame, Bangsa Na’Vi dalam filem Avatar arahan James Cameroon

11. Cameo

Babak pendek yang menampilkan karakter atau individu popular. Babak tersebut tidak memberi kesan kepada plot filem.

Contoh: Babak-babak yang menampilkan Stan Lee dalam filem-filem komik Marvel

12. Adaptation / Adapatasi

Filem yag dihasilkan berdasarkan siri-siri popular samada dari Novel, permainan video atau sebagainya.

Contoh: Filem Assassin Creed yang diadaptasikan dari permainan video Assassin Creed

13. Mid / post credit scene

Babak pendek atau epilog yang ditunjukkan pada pertengahan kredit atau penghujung kredit filem. Kebiasaanya mempunyai klu untuk filem akan datang atau sekadar epilog.

Contoh: Kemunculan kapal angkasa Thanos selepas kredit Thor: Ragnarok

14. Flop / Blockbuster bom

Filem-filem budgt besar yang gagal mengutip kutipan yang sepatutnya

Contoh filem: King Arthur (2017) – kutipan filem gagal melepasi modal pembikinan

15. Deleted Scene

Babak-babak yang dipotong untuk tayangan filem tetapi akan ditunjukkan dalam versi DVD blu-ray asli.

Contoh: Babak-babak Joker dalam filem Suicide Squad

16. MCU

Marvel Cinematic Universe

17. DCEU

DC Cinematic Extended Universe

18. Remake

Filem yang dihasilkan semula tanpa mengubah karakter dan plot filem secara drastik

Contoh: Ocean Eleven 2011 adalah filem remake Ocean’s 11 terbitan 1960

19. Reboot

Filem yang dihasilkan semula dengan karakter dan plot yang berbeza dari filem asal

Contoh: Godzilla 2014 adalah filem reboot yang dihasilkan pada tahun 1954.

20. Timeline

Garis masa dan peristiwa yang berkaitan dalam beberapa siri filem

Contoh: Filem-filem X-Man & MCU

21. Alternate Timeline

Garis masa siri filem yang telah terkeluar dari garis masa asal

Contoh: filem X-Men selepas Day of Future Past

22. Genre

Kategori filem sama ada ia filem komedi, aksi, sains fiksyen atau cinta

Contoh: Full Metal Jacket adalah sebuah filem anti-perang, manakala Glass arahan M. Night Shyamalan psychological superhero

23. Initial Release

Tarikh filem dijangka akan ditayangkan (tarikh mungkin akan berubah bergantung pada pihak studio

24. Premier

Tayangan pertama kepada umum sebelum tarikh tayangan asal.

25. Sneak Preview

Tayangan awal dari tarikh tayangan asal. Biasanya tarikh tayangan ini tidak diumumkan dan tujuannya adalah untuk menguji pasaran untuk filem yang bakal ditayangkan.

26. Movie Theory

Teori-teori filem akan datang hasil daripada khabar angin, sumber dari ‘orang dalam’ & pemerhatian peminat atau paparazi.

Contoh: peminat sering membayangkan plot filem akan datang sama ada dari filem Marvel dan DC atau Alien berdasarkan info dari komik

27. Fan Art / Fan Made

Poster atau trailer yang dihasilkan oleh peminat-peminat sesuatu filem. Bukan dikeluarkan oleh pihak Studio.

28. Preview / Trailer

Babak-babak yang diambil dari filem dan ditunjukkan dalam bentuk video pendek untuk tujuan promosi.

29. Official Trailer

Trailer yang diluluskan untuk tayangan kepada umum.

30. Teaser Trailer

Trailer pendek berdurasi 30 saat ke 1 minit yang tidak memerlukan kelulusan untuk ditayangkan.

31. TV-Spot

Trailer pendek berdurasi 30 saat yang dikeluarkan di Televisyen sebagai iklan

32. Filem sampah

Filem yang tiada nilai

33. Easter Egg

Hint, klu yang sengaja diletakkan oleh pembikin filem, jurugrafik atau designer dalam filem, poster ataupun trailer

34. Stand alone movie

Filem dari universe/franchise besar tapi jalan ceritanya tidak berkait secara langsung dalam sesebuah francais/universe

Contoh Logan dlm X-Men & Francais Wolverines

35. Plot Twist.

Babak seterusnya yang diluar jangkaan penonton serta sangat radikal sehingga penonton tergaman melihatnya.

Contoh: filem The Sixth Sense. Kita jangkakan karakter utama yang membantu budak berkomunikasi dengan orang mati dalam filem tersebut masih hidup, sebenarnya dia telah mati di penghujung filem

36. Crossover

2 atau lebih karakter fikyen, konsep, plot atau universe yang disatukan sebuah cerita sama ada filem atau siri televisyen

Contoh filem: The Avengers, Alien vs Predator, Kong vs Godzilla, Arrowverse – siri televisyen DC

37. Premise

Idea utama sesebuah filem, biasanya diterangkan dalam beberapa ayat sahaja.

38. Sistem Rating

Peraturan ditetapkan pihak berkuasa dalam mengkelaskan sesebuah filem.

Contoh: G-Rated atau General Audiences,” “PG-Rated or Parental Guidance Suggested,” “PG-13,” “R-Rated or Restricted under 17 – larangan untuk ditonton bawah 17 tahun,” dan “NC-17, or No One 17 and Under Admitted” – hanya untuk orang dewasa

39. Reshoot

Penggambaran semula. Biasanya pihak produksi dan pengarah akan melakukan penggambaran semula untuk beberapa babak jika mereka tidak berpuas hati dengan babak tersebut.

40. Running time

Durasi tayangan sesebuah filem yang ditayangkan dipawagam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here