Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tim Blake Nelson Sertai Gerard Butler Dalam Filem Angel Has Fallen


Deadline melaporkan, aktor Tim Blake Nelson akan menyertai Gerard Butler dalam filem terbaru berjudul Angel Has Fallen. Ini merupakan filem ketiga franchise Olympus Has Fallen yang dikeluarkan pada 2013, dan diikuti London Has Fallen yang ditayangkan pada 2016.

Dalam filem terbaru ini nanti, ejen Mike Banning (lakonan Gerard Butler) dituduh cuba melakukan pembunuhan terhadap President US dan beliau perlu mengelakkan menjadi buru agensinya serta FBI dan dalam masa yang sama membongkarkan ancaman yang sebenar.

Gerard Butler dan Morgan Freeman yang membawakan watak Presiden US (Presiden Trumbull) akan kembali dalam filem ketiga ini nanti, manakala beberapa pelakon lain seperti Jada Pinkett Smith, Piper Perabo dan Sapir Azulay akan turut bersama-sama membintangi filem ini.

Angel Has Fallen diarahkan oleh Ric Roman Waugh manakala Gerard Butler turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Alan Siegel, John Thompson, Matt O’Toole, Les Weldon, dan Yariv Lerner.

Olympus Has Fallen telah berjaya mengutip $170 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak $70 juta dolar manakala London Has Fallen berjaya mengutip $200 juta seluruh dunia berbanding modal pembikinan $60 juta. Setakat ini, filem ketiga “Has Fallen” ini masih belum ditetapkan tarikh tayangannya.



Related posts

[TRAILER] Gerard Butler & Mike Colter Bergandingan Dalam Filem Aksi Survival Terbaru

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Tarikh Penggambaran “Den of Thieves 2” Telah Ditetapkan, 3 Bintang Utama Akan Kembali

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee