Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Durasi Filem Avengers: Infinity War Paling Panjang Dalam MCU

Filem Captain America: Civil War tidak lagi menjadi filem Marvel Cinematic Universe paling lama durasi tayangannya apabila bakal dipintas oleh filem terbaru Marvel akan datang, Avengers: Infinity War.

Menurut satu gambar yang dimuatnaik oleh laman pengguna Instagram @tomholland_argentinaoficial, durasi tayangan filem yang bakal menampilkan kumpulan superhero itu mencecah 2 jam 30 minit, 2 minit lebih panjang dari filem Captain America: Civil War yang berdurasi 2 jam 28 minit.


Maklumat durasi tayangan filem ketiga Avengers itu diambil dari informasi filem Avengers: Infinity War yang dikeluarkan oleh SM Cinema semasa mereka sedang melancarkan penjualan tiket pra-tayangan filem Avevengers: Infinity War. SM Cinema adalah rangkaian pawagam terbesar di Filipinan.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dari Marvel Studio tentang durasi filem arahan Joe & Anthony Russo itu, bagaimana jika laporan itu benar, filem Avengers: Infinity War akan menjadi filem MCU paling panjang setakat ini.

Avengers: Infinity War akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 April 2018

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment