Marvel Studio mengeluarkan satu lagi trailer & klip video terbaru Thor: Ragnarok yang memfokuskan kepada watak villain Hela lakonan Cate Blanchett dengan menunjukan aksi-aksi villain tersebut yang bakal ditunjukkan olehnya dalam filem akan datang. Video itu juga turut menunjukkan temubual pelakon terbabit serta pengarah Taika Waitti & Chris Hemsworth mengenai watak Hela dalam filem Thor: Ragnarok.
Selain itu juga, klip video berkenaan turut memaparkan babak Mjolnir dimusnahkan oleh Hela yang mana berbeza dari apa yang ditunjukkan dalam trailer sebelum ini. Dalam trailer pertama sebelum ini, babak tersebut menunjukkan Hela dan Thor bertemu dalam sebuah bangunan sebelum Thor melemparkan Mjolnir ke arah Hela dan Hela memusnahkan senjata Thor itu.
Tapi dalam klip video terbaru ini, lokasinya kelihatan berbeza kerana babak tersebut berlatarbelakangkan landskap hijau seperti dikawasan tanah lapang serta terdapat Loki yang berada bersebelahan Thor. Tidak dapat dipastikan footage manakah yang akan digunakan dalam filem Thor: Ragnarok & mungkin terdapat sedikit perubahan dalam filem tersebut memandangkan mereka telah melakukan sesi penggambaran semula selama 3 minggu beberapa bulan yang lalu.
Apapun kita saksikan video klip terbaru yang dikeluarkan oleh Marvel dan nantikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 26 Oktober 2017