Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram


Kisah syarikat penyiaran yang hanya mahu pelakon popular dengan pengikut Instagram menjangkaui 1 juta bukanlah kisah dongeng yang sengaja dicipta pelakon-pelakon berbakat tanah air. 

Menerusi perkongsian di akaun peribadi Instagram, Nam Ron telah mendedahkan kriteria sebuah syarikat penyiaran yang hanya mahukan pelakon popular dengan pengikut Instagram lebih satu juta. 

“Katanya ini datang dari sebuah syarikat penyiaran,” tulis Nam Ron. 

Secara sinis, Nam Ron mengajak peminat agar mengikuti pelakon kegemaran mereka di media sosial supaya pelakon-pelakon ini dapat muncul di kaca televisyen.

“Ini adalah benar! bukan gurauan. Bukan mitos atau legenda urban. Jadi apa lagi? keputusan di tangan anda. Nak pelakon kegemaran anda beraksi di kaca TV? ikuti mereka di media sosial”


Perkongsian Nam Ron telah mendapat reaksi dari beberapa pelakon dan pengarah terkenal tanah air:

 

Sebelum ini, banyak pelakon telah membidas sikap pilih kasih syarikat penyiaran yang hanya memilih pelakon yang memiliki ramai pengikut di media sosial. Walaupun syarikat penyiaran menafikan pekara tersebut, ianya masih berterusan, lebih-lebih lagi kemunculan banyak pelakon baru dari kalangan ‘Instafamous.’ 

Pendedahan yang dibuat Nam Ron jelas sekali menunjukkan syarikat penyiaran lebih memilih pelakon yang ramai pengikut media sosial berbanding bakat pelakon itu sendiri. Tidak hairanlah industri kita masih lagi dilambakkan dengan karya-karya tidak berkualiti, semuanya kerana mereka lebih mementingkan ‘jumlah pengikut Instagram’ berbanding bakat pelakon itu sendiri.


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee