Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Kredit: Netflix

Hellbound telah memenangi hati penonton global dengan pelakon bintang Korea yang berpengalaman dan tema universalnya yang menangani kehidupan dan kematian, jenayah dan hukuman serta keadilan di dunia yang kita diami. Siri ini memfokuskan pada peristiwa ghaib yang disebabkan oleh makhluk dunia lain yang mengeluarkan dekri mengutuk individu ke neraka, membawa kekacauan dan mencetuskan kebangkitan kumpulan agama baru yang dipanggil The New Truth.

Pengarah Yeon Sang-ho telah menambah satu lagi fenomena global pada senarainya ketika siri ini telah mencatatkan 43.48 juta jam tontonan yang hebat, 3 hari selepas tayangannya. Ia juga telah menduduki dalam senarai 10 Terbaik di 71 negara, termasuk Malaysia, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Thailand, Jamaica, India, AS, Perancis dan Jerman.


Mari kita lihat beberapa bahan yang digunakan bagi menghidupkan siri ‘supernatural’ yang hebat ini:

1. Yoo Ah-in merakam 2 halaman skrip secara keseluruhan dalam satu rakaman.

Jung Jinsu

Yoo Ah-in, yang meninggalkan kesan yang kuat dengan setiap watak yang dibawakannya, memainkan watak Jung Jinsu, Pengerusi The New Truth, sebuah organisasi keagamaan yang sedang berkembang dan mula berkuasa di tengah-tengah panik yang melanda masyarakat. Yoo mencipta kesempurnaan, kualiti unik dan eksentrik seorang pemimpin berkarisma dan mistik yang tidak boleh dijangka.

Pengarah Yeon juga mencipa watak Jung Jin-su khusus untuk Yoo kerana dia mempunyai keyakinan yang besar terhadap keupayaannya untuk menghidupkan watak itu dengan baik. Dia mengadakan perbincangan yang panjang dengan Yoo dalam memperhalusi watak dan sifatnya untuk mencipta seseorang yang cukup berkuasa sehingga dapat menggoyahkan kepercayaan orang lain.

2. Kandungan untuk Episod 4, 5 dan 6 telah dibangunkan sebelum episod lain dalam Hellbound.

Kredit: Netflix

Sementara Jung Jin-su (Yoo Ah-in) dan Min Hye-jin (Kim Hyun-joo) menjelmakan konflik dalam masyarakat yang ditimpa malapetaka ghaib, Episod 4 memperkenalkan titik perubahan dalam plot dengan Bae Young-jae (Park Jeong -min) dan Song So-hyun (Won Jin-a), pasangan yang bergelut dalam dunia yang bermasalah, memegang apa yang penting bagi mereka.

Pengarah Yeon berkata, watak Bae Young-jae adalah yang paling dekat dengan penonton kerana cerita itu dilayari melalui matanya sebagai penerbit dokumentari yang menyiasat The New Truth.

3. Adegan siaran TV dan internet dalam Hellbound telah dirakam dengan kamera video dan telefon mudah alih.

Kredit: Netflix

Dalam usaha untuk mencipta pengalaman ‘supernatural’ yang asli, kru penggambaran ingin mewujudkan suasana yang kelihatan serealistik mungkin. Dengan tugas yang mustahil untuk menukar peristiwa yang tidak dapat dibayangkan kepada sesuatu yang boleh berlaku dalam kehidupan sebenar, realisme telah ditambah melalui rakaman telefon mudah alih untuk adegan makhluk dunia lain yang ditangkap oleh penonton, dan menggunakan kamera fotografi akhbar sebenar untuk liputan berita. 

Tiada jalan pintas diambil, hampir dalam erti kata sebenar; para pelakon berjaya mencipta perasaan bimbang pada watak mereka dalam menghadapi situasi anomali, dan semua itu dirakam dalam satu rakaman yang panjang tanpa sebarang gangguan. Selain itu, lampu latar dan lampu malap banyak membantu memberikan sentuhan hebat pada nada siri ini. 

4. ‘Executors’ muncul sebagai trio dan sebabnya?: satu tidak cukup mengancam, dua tidak mencukupi, dan jika lebih dari tiga, kumpulan mereka menjadi terlalu besar.

Kredit: Netflix

Perancang disebalik siri ini mendapat inspirasi dari lukisan beberapa artis dalam sejarah untuk mencipta watak syaitan, sebelum ditapis melalui imaginasi artis Choi Gyu-seok.

Pengarah Yeon mahu orang ramai merasa ngeri yang melampau apabila melihat ‘Executors’. Oleh itu, ‘Executors’ akan datang dalam pasukan tiga orang dengan cara meniru sekumpulan orang yang memburu seorang individu.

5. Bandar Jinyang di mana pembunuh isteri detektif Jin Kyung-hun ditangkap adalah bandar yang sama seperti dalam filem Train to Busan arahan Yeon di mana virus zombi pertama kali muncul. 

Kredit: Netflix

Amaran Spoiler!

Dalam episod 2, anak perempuan Jin Hee-jung (Lee Re) menyertai The New Truth. Dia menjadi marah apabila mengetahui pembunuh ibunya menjalani kehidupan normal selepas dibebaskan dari penjara, menyebabkan dia bekerjasama dengan Pengerusi untuk mencarinya dan membalas dendam terhadap pembunuh itu. 

Saksikan kegelapan dalam Hellbound, kini boleh di strim di Netflix.

Strim Hellbound (2021)

Related posts

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Leave a Comment