Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Scha Alyahya Bakal Muncul Dalam Filem “Bikin Filem”


Sumber gambar: Kosmo Online

Pelakon Scha Alyahya dilaporkan membintangi filem terbaru terbitan Resilience Studios berjudul Bikin Filem. Filem yang berkonsepkan “black comedy” itu turut dibintangi beberapa pelakon hebat tanah air antaranya Azhan Rani, Roy Azman, Sherry Al Hadad, Sharifah Syakinah, Erra Fazira dan ramai lagi.

Dalam filem tersebut, beliau akan membawakan watak Zarina.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Mor Azean Al Yahya turut tampil dengan gaya terbaru apabila memotong rambut demi menjayakan watak Zarina.

“Saya gembira dapat potong rambut pendek kerana sudah beberapa tahun menyimpan rambut panjang, jadi ia seperti satu imej baharu dalam kerjaya saya.”

Katanya lagi, walaupun dia boleh memilih untuk memakai rambut palsu namun berasa lebih puas jika memotong terus rambutnya.


“Saya berasa bebas kerana sudah lama tidak berambut pendek, jadi buat masa sekarang, saya akan menikmati gaya ini sepuas-puasnya,” katanya lagi.

Filem Bikin Filem dijangka akan menemui penonton pada September ini.


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee